Goodyear pasang 6,680 panel solar jana tenaga bangunan pejabat, kilang produksi

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon daripada operasi tahunan, Goodyear mengambil langkah yang lebih hijau dengan memasang panel solar bernilai RM8.2 juta.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Pemasangan kira-kira 6,680 panel solar yang disambungkan kepada enam substesen bervoltan rendah (LV) itu mampu menjana 2.5 megawatt bukan sahaja untuk kilang pembuatan, malah ia mampu menyalurkan tenaga tersebut kepada pejabat dan gudang. 
 


Menurut Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata, "pemasangan panel solar ini memberikan gambaran komitmen kami terhadap pengurangan jejak karbon, dan memastikan masa hadapan yang lebih mesra alam dari kilang Goodyear Malaysia.

Setiap panel diperbuat daripada 375W Bifacial Monocrystalline Perc Double Glass Solar Modules, dan secara keseluruhannya mampu mengurangkan 1.98 juta kilogram emisi karbon setahun selama 25 tahun. 
 


Tambah beliau lagi, dengan pemasangan panel solar ini ia juga mampu mengurangkan lagi penggunaan tenaga elektrik sedia ada. 

"Ketika ini, kami masih lagi memerlukan bekalan daripada Tenaga Nasional, namun sekiranya sistem ini sudah dioptimasikan, lebihan tenaga yang ada mampu disalurkan kembali kepada grid nasional," Hoge mengakhiri kata. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumbangan bernilai lebih RM25,000 itu menandakan satu lagi kejayaan dalam kerjasama antara kedua…
Informasi
Melalui kempen eksklusif ini, pelanggan yang membeli dua atau lebih tayar berukuran 17” dan ke atas…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…