Goodyear Malaysia, pengilang PERTAMA di Asia Pasifik guna kuasa panel solar dengan kos pelaburan USD5.7Juta

oleh SALINA JALIL|
Goodyear Malaysia mencipta sejarah dengan pelancaran kuasa solar di pejabat korporat dan kilang pengeluarannya di Shah Alam petang tadi. Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Yeo Bee Yin.


Goodyear Malaysia merupakan satu-satunya kilang pengeluaran yang PERTAMA di rantau Asia Pacific yang mengambil inisiatif ini dengan pemasangan sebanyak 6,680 panel solar untuk mengurangkan kadar karbon dan ia selaras dengan misi global Goodyear dalam usaha menjaga alam sekitar.

 

Ramon Le, Pengarah Operasi Pengilangan untuk Goodyear Asia Pacific berkata,"Selama lebih dari 120 tahun sebagai pengeluar tayar terkemuka di peringkat global adalah penting untuk  kami memulakan pelbagai inisiatif untuk melindungi rakyat, pengguna dan juga planet yang kita kongsi bersama.

 

GY1

 

Beliau turut berkata Goodyear Malaysia telah memulakan program "Ke Arah Masa Depan yang Lebih Baik" di peringkat korporat beberapa tahun lalu dan telah mengenal pasti lebih daripada 600 projek kecekapan tenaga yang bertujuan ke arah perlindungan alam sekitar.

 

Dengan pelaburan hampir USD5.7 juta ke dalam  usaha pemuliharaan tenaga dan alam sejak tahun 2015 dan berjaya menghapuskan hampir 17 peratus pelepasan karbon menjelang akhir tahun 2018," kata Ramon lagi.

 

 

 

Sistem panel solar mampu mengeluarkan 2.5 megawatt kuasa setiap hari dan ia disambungkan ke enam pencawang Voltan Rendah (LV) yang terletak di dalam kilang. Panel-panel ini bertanggungjawab untuk menyalurkan tenaga ke kilang pembuatan, bangunan pejabat dan gudang.

 

Dengan teknologi penstrukturan modul solar, kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (SCADA), perbelanjaan elektrik dan pelepasan gas beracun juga berkurangan. 

 

Panel solar diperbuat dari Modul Solar Kaca Double 375W Monocrystalline Perc, yang mampu mengurangkan kos elektrik. Panel-panel dianggarkan mengurangkan 1,980,433.37 kilogram pelepasan karbon setiap tahun selama tempoh 25 tahun.

 

 

"Panel solar membolehkan kami mengurangkan jumlah elektrik yang kami guna dan masih membeli tenaga elektrik dari Tenaga Nasional, tetapi apabila sistem ini dioptimum sepenuhnya, kami akan mempunyai lebihan elektrik yang akan disalurkan ke grid," kata Ramon lagi.

 

Selepas majlis tersebut, kami telah bertanya tentang masa yang diambil untuk pemasangan panel solar ini di kilang Goodyear tersebut dan jawapan yang diberikan adalah cuma 28 hari sahaja tanpa sebarang insiden kecelakaan.

 

GY4

 

Syabas Goodyear!

 

Fakta tentang Goodyear yang mungkin anda tidak tahu; Goodyear adalah salah satu syarikat tayar terbesar di dunia. Ia mempunyai kira-kira 64,000 orang tenaga kerja dan mempunyai 47 fasiliti kemudahan di 21 negara di seluruh dunia.

Dua Pusat Inovasinya yang terletak di Akron, Ohio, dan Colmar-Berg, Luxembourg, sedang berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan terkini bagi menetapkan piawaian teknologi dan prestasi untuk industri.
 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata: "Di Goodyear, kami mempunyai komitmen …
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, pemenang utama, Shamsuddin bin Abdul Jalil telah dipilih untuk membawa…
Berita Domestik
Ia juga turut menandakan kembalinya jenama Goodyear ke dalam segmen Ultra Ultra High Performance (…