Goodyear Malaysia lancar tayar UHP Eagle F1 Sport - bermula dari RM294/unit

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Malaysia memperkukuhkan lagi penawaran rangkaian tayar prestasi tinggi ultra (UHP) di Malaysia dengan pelancaran siri Eagle F1 Sport yang direka untuk kepuasan pemanduan seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Eagle F1 Sport boleh didapati dalam 22 jenis saiz dari 16 inci hingga 18 inci dengan harga yang agak berpatutan di dalam siri Eagle F1 Goodyear.

Bagi pemilik kereta berprestasi, tayar ini ideal kerana mereka dapat menikmati prestasi pemanduan maksimum dari kenderaan mereka. Begitu juga dengan pemilik kereta sport yang mahukan pemanduan yang mengujakan, ianya memberikan prestasi pengendalian dan brek yang lebih baik.

 


Khas buat peminat kenderaan, Eagle F1 Sport juga merupakan tayar yang sesuai untuk upsizing, kerana ia direka khas bagi meningkatkan tindak balas stereng dan pengendalian kering (dry handling).

Selain itu, ia juga meningkatkan cengkaman semasa berselekoh dan memberikan penampilan yang lebih agresif pada kenderaan. Tayar sport mid-range ini menggabungkan teknologi inovatif Goodyear di trek perlumbaan dengan ketahanan dan keselesaan tayar jalan raya dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang cemerlang dalam keadaan cuaca yang berbeza.  

Antara ciri yang ditawarkan adalah:

 


Pengendalian yang Tepat dan Responsif - Eagle F1 Sport menampilkan reka bentuk tapak Eagle Claw yang dilengkapi dengan blok bahu yang lebih kuat. Dilengkapi dengan Teknologi ActiveControl, tayar sentuhan bahu dimaksimumkan dan tahap kekakuannya ditingkatkan bagi memberikan kestabilan dan ketepatan stereng semasa berselekoh.

Prestasi yang lebih Tenang - tayar ini dilengkapi dengan jalur penghalang kebisingan yang diperbuat dari getah dan diletakkan di antara lapisan dan pelapik untuk memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancar. Reka bentuk ini ditingkatkan dengan terdapatnya alur lateral sempit pada tayar yang mana dapat mengurangkan getaran dan bunyi bising untuk perjalanan yang selesa.

Prestasi Brek yang Unggul - Menambah ketepatan dan pengendalian Eagle F1 Sport adalah Teknologi DynamicBraking Goodyear. Prestasi brek pada permukaan jalan basah dan kering dapat ditingkatkan dengan adanya gabungan tapak Eagle Claw dan tapak silika tinggi yang dimuatkan dengan matriks polimer. Tambahan lagi, bentuk rongga yang lebih baik memberikan jejak yang lebih luas untuk pengedaran hubungan dan tekanan yang lebih baik.

 


Goodyear Eagle F1 Sport boleh didapati di semua pusat tayar Goodyear Autocare di seluruh Malaysia, bermula dari RM294 seunit sehingga RM678 seunit bergantung kepada saiz yang dipilih.