Goodyear Malaysia lancar program jaminan Goodyear Worry Free Assurance

oleh Mohamad Hanif|
Untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat dan dilindungi apabila menggunakan tayar Goodyear, Goodyear Malaysia baru-baru ini melancarkan program jaminan Worry Free Assurance yang telah diberikan penambahbaikan berkuatkuasa 1 Julai 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata, "Sejak kerajaan Malaysia mengumumkan fasa endemik pada Mei lalu, jumlah kereta yang berada di jalan raya telah meningkat dua kali ganda berbanding pada tahun 2019 .

"Oleh itu, kami ingin menggalakkan para pelanggan kami untuk lebih mengambil tahu keadaan tayar kenderaan masing-masing supaya mereka boleh memandu dengan tenang.

"Sebagai penyokong keselamatan di jalan raya, kami percaya program Worry Free Assurance yang baharu ini akan membantu pelanggan kami kekal selamat dan dapat menikmati pemanduan yang menyeronokkan untuk jangka masa panjang.

Program Worry Free Assurance Goodyear Malaysia ini merangkumi tiga faedah baharu iaitu:
 

WFA

 

1 Tahun Jaminan Daripada Bahaya Jalanan - Pelanggan layak untuk menikmati pertukaran 1-kepada-1 secara percuma sekiranya tayar mengalami kerosakan yang sukar dibaiki berpunca daripada bahaya jalanan seperti lubang atau objek tajam.

Untuk pertukaran, tayar tersebut mestilah mempunyai kedalaman bunga tayar 5.0 mm atau lebih.

2X Pemeriksaan Tayar Percuma - Program baharu WFA ini akan menyediakan dua pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma pada bulan keenam dan kedua belas daripada tarikh pembelian.

Jaminan Lima Tahun - Antara terma dan syarat yang dikemaskini di mana setiap tayar akan diberikan jaminan selama lima tahun bermula dari tarikh pembelian dalam invois, atau dari tarikh pembuatan sekiranya tiada invois asal.

Pelanggan yang membeli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu boleh menyertai program Worry Free Assurance dengan mengikuti tiga langkah mudah berikut:

1.    Beli mana-mana tayar pengguna Goodyear baharu dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.
2.    Terima invois dan kad WFA dari Goodyear Autocare atau kedai-kedai yang mengambil bahagian.
3.    Daftarkan tayar yang dibeli itu di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres  untuk mengaktifkan WFA dengan memuat naik resit dan nombor kad WFA anda.

Pelanggan yang berhasrat untuk menuntut pertukaran 1-kepada-1 secara percuma atau mendapatkan pemeriksaan tayar percuma perlu menunjukkan kedua-dua kad WFA dan invois pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Sekiranya kad WFA hilang, pelanggan boleh mencetak pendaftaran WFA secara dalam talian sebagai ganti.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Worry Free Assurance Goodyear, sila kunjungi www.goodyear.com/my atau ikuti Goodyear Malaysia di Facebook dan Instagram.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…