Goodyear lengkap proses ambil alih syarikat Cooper Tire

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Tire & Rubber Company baru-baru ini mengumumkan syarikat itu telah memuktamadkan perjanjian pengambilalihan Cooper Tire & Rubber Company yang telah dibuat pada 22 Februari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabungan kedua-dua syarikat tayar terkemuka itu bakal mewujudkan peneraju utama berpusat di Amerika Syarikat di dalam industri tayar global, serta membolehkan lebih banyak penawaran produk merentasi spektrum nilai kepada para pelanggan tayar berjenama Goodyear dan juga Cooper.

Menurut Richard J. Kramer, pengerusi, CEO dan Presiden Goodyear  berkata, "Gabungan antara Goodyear dengan Cooper bakal memperkukuhkan lagi keupayaan Goodyear dalam menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna di peringkat global, serta peningkatan berskala yang mampu menyokong pelaburan yang lebih besar terutama di dalam penyelesaian mobiliti dan armada.

Selain daripada itu, Goodyear juga dijangka mencapai kira-kira $165 juta (RM679.6 juta) sinergi kos dalam tempoh dua tahun, di mana majoriti daripada sinergi kos itu berkaitan dengan fungsi korporat yang bertindih serta kecekapan operasi.

Gabungan itu juga diharapkan dapat menghasilkan nilai semasa bersih $450 juta (RM1.85 bilion) atau lebih dengan menggunakan atribut cukai Amerika Syarikat. Atribut cukai ini diharapkan dapat mengurangkan pembayaran cukai tunai syarikat, serta meletakkannya untuk menghasilkan aliran tunai percuma tambahan.

Disebabkan penutupan itu, saham biasa Cooper akan berhenti diperdagangkan di Bursa Saham New York.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…