Goodyear lancar produk tayar Assurance MaxGuard SUV - saiz 16-19 inci, harga dari RM375

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penawaran produk tayar SUV terbaharu Assurance MaxGuard SUV menawarkan perlindungan dua-dalam-satu dan disesuaikan untuk pasaran Asia Pasifik.

Tayar terbaharu Assurance MaxGuard SUV ini direka khusus untuk barisan SUV seperti Honda CR-V, Honda HR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Proton X70, Proton X50 serta  model-model SUV popular yang lain.
 

SUV


Dengan teknologi termaju ActiveGrip serta rekaan bunga tayar yang unik, tayar ini mampu menawarkan kadar cengkaman yang lebih baik, bertujuan untuk meningkatkan aspek pengendalian dan memendekkan jarak pemberhentian di atas jalan basah.

Sementara itu, teknologi DuraGuard pula menawarkan ketahanan daripada insiden seperti tertusuk paku, dan dalam masa yang sama binaan dua lapis dan pakej tali keluli yang kuat mampu memastikan produk ini tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan SUV.
 

SUV


Tayar Assurance MaxGuard SUV juga mampu menawarkan pemanduan yang lebih senyap, terima kasih kepada corak bunga yang dinaiktaraf, rekaan blok bersudut, rusuk pengurangan hingar, serta alur yang lebih sempit.

Dalam masa yang sama, ia menawarkan kadar penggunaan untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Boleh didapati untuk rim bersaiz 16 hingga 19 inci dan 15 saiz yang tersedia, Assurance MaxGuard SUV dijual bermula dari RM375 seunit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula sekarang  sehingga Ahad, 28 Februari 2021, pengguna yang membeli tayar Goodyear akan layak…
Berita Domestik
Eagle F1 Sport boleh didapati dalam 22 jenis saiz dari 16 inci hingga 18 inci dengan harga yang…
Tekno Careta
  Berikut merupakan beberapa panduan penyelenggaraan asas tayar kenderaan oleh Goodyear Malaysia…