Goodyear lancar Eagle F1 Asymmetric 3-tayar berprestasi tinggi

oleh DIANA ISMADI|
Goodyear kini telah pun melancarkan tayar terkini iaitu Eagle F1 Asymmetric 3 ke pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tayar berprestasi tinggi jenis sport premium yang menawarkan  tahap ketahanan sehingga 31% lebih baik serta pengalaman pemanduan yang menakjubkan.

P1200951

Ia turut menawarkan jarak pemberhentian kenderaan yang lebih pendek diatas permukaan jalan kering iaitu (1.3meter) dan basah (2.6 meter).

P1200972
P1200968

 

 

Apa yang menarik dan istimewa tentang Eagle F1 Asymmetric 3 ini?

Team Careta  telah menguji sendiri keupayaan tayar ini di Litar Antarabangsa Sepang. Ujian telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu, membrek di atas permukaan jalan yang basah, ujian pemanduan pada kelajuan tinggi di trek lumba dan juga slalom.  Apa yang kami dapati, pengendalian dan prestasi yang ditawarkan sangat baik. Pemanduan dan pengendalian adalah sangat meyakinkan.

P1200977
P1200942

 

Eagle F1 Asymmetric 3 ini juga tampil dengan rekaan teknologi terbaru;

  • “Active Braking” dimana ia dapat meningkatkan hubungan permukaan dan cengkaman ketika membrek dan pemberhentian kereta juga adalah lebih cepat.
  • “Grip Booster” untuk meningkatkan cengkaman semasa membrek dan pengendalian pemanduan.
  • Teknologi binaan yang diperkuat untuk mengurangkan berat keseluruhan tayar dan masih mengekalkan kekuatan dan ketahanannya.
P1200961
P1200926

 

Telah diuji oleh DEKRA;

  • DEKRA yang merupakan badan bebastelah membuktikan bahawa tahap kehausan tayar dan prestasi tayar ini adalah lebih baik berbanding jenama tayar premium di pasaran.
  • Ia juga dikatakan mampu menawarkan perbatuan tambahan sehingga 11,500 km atau 31% lebih baik.

Untuk pasaran Malaysia, Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 ditawarkan dalam saiz 17 hingga 20 inci (terdapat 34 saiz kesemuanya) di Goodyear Autocare, Servitekar dan pengedar sah Goodyear di seluruh negara dengan harga RM668 hingga RM1,820 termasuk GST. *Bergantung kepada saiz tayar.

P1200974
P1200933

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goodyear.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…