Goodyear derma tayar kepada SK Seksyen 20 Shah Alam - didik pelajar cintakan alam sekitar

oleh Mohamad Hanif|

Baru-baru ini, Goodyear selaku sebuah syarikat pembuat tayar yang cintakan kepada alam sekitar telah mendermakan tayar kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam. 

Langkah ini merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi dan bengkel latihan bagi memupuk kepentingan program kitar semula di kalangan para pelajarnya. 

Selain daripada tujuan praktikal dan latihan amali, pihak sekolah juga menggunakan sebahagian daripada tayar yang diderma untuk tujuan menghias kawasan persekitaran sekolah seperti ukiran arca. 
 


Idea ini diinspirasikan daripada dua hasil karya yang dibuat oleh pengukir professional yang diperbuat sepenuhnya daripada tayar Goodyear di acara Cotton Bowl 2018.

Hasil inisiatif ini sebenarnya dimulakan oleh seorang guru, Aizatul Ashraf melihatkan kepada potensi sebenar kawasan persekitaran sekolah. 

Menurut Ashraf, "pelajar sekolah menerima informasi dan pengetahuan daripada berbagai sumber, termasuklah keadaan sekeliling. 
 


"Dengan menunjukkan bagaimana sumber terpakai seperti tayar mampu mentranformasikan kawasan sekolah, saya berharap ia akan menjadi batu loncatan bagi memupuk pemikiran yang positif terhadap perkara ini," jelas beliau lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 10 April hingga 31 Mei, pelanggan yang membeli sama ada empat biji tayar 16” dan 17” atau…
Berita Domestik
Tayar tersebut telah melepasi semua ujian regulasi berkaitan termasuk ujian dalaman Goodyear,…
Pelancaran
Dengan teknologi canggih, Assurance ComfortTred dikatakan mampu menawarkan pengalaman pemanduan…