Tayar tersebut telah melepasi semua ujian regulasi berkaitan termasuk ujian dalaman Goodyear, demonstrasi tayar dengan bahan mampan yang diuji itu memiliki rintangan bergolek lebih rendah berbanding tayar dibuat dari bahan tradisional.
Naib Presiden Kanan Operasi Global dan Ketua Pegawai Teknologi, Chris Helsel berkata, “Kami terus membuat kemajuan ke arah matlamat kami untuk memperkenalkan tayar yang pertama dengan 100% bahan mampan dalam industri menjelang 2030,”

“Tahun lalu adalah tahun yang penting ke arah mencapai matlamat ini. Kami meneliti teknologi baharu, mengenal pasti peluang selanjutnya kerjasama dan menggunakan ketabahan pasukan kami,"
"bukan sahaja menunjukkan keupayaan menghasilkan 90% tayar bahan mampan, tetapi juga menghasilkan tayar dengan kandungan bahan mampan sehingga 70% pada tahun ini. Pasukan kami terus mempamerkan inovasi dan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih baik.”
Selain itu, selepas mengumumkan demonstrasi tayar dengan 70% bahan mampan pada bulan Januari 2022, Goodyear sedang bekerjasama dengan pembekalnya untuk menjual tayar tersebut bermula 2023. Pengguna yang berminat boleh mula mendaftar untuk sebarang maklumat di laman sesawang Goodyear.