Goodyear bangunkan tayar tanpa udara!

oleh Mohamad Hanif|
Daripada produk tayar tanpa tiub yang kita gunakan pada kereta moden zaman sekarang, pada masa akan datang kita mungkin akan menggunakan produk tayar tanpa udara pula!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Goodyear baru-baru ini membangunkan produk tayar bukan pneumatik tanpa udara yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik (EV).
 

tayar


Pelancaran tayar lestari pertama dan bebas penyelenggaraan ini pula disasarkan menjelang tahun 2030.

Menurut Goodyear, ketika ujian yang dijalankan baru-baru ini, model ujian Tesla Model 3 berjaya melepasi halangan kebolehgerakan pada kelajuan 88 km/j.
 

V


Pun begitu, mereka mendapati aspek pengendalian kereta tersebut dikatakan sedikit berbeza terutama ketika membuat penukaran arah dengan cepat.

Tayar tanpa udara Goodyear ini menjanjikan penggunaan yang lebih selamat, bebas penyelenggaraan, tahan lebih lama dan lebih mesra alam jika dibandingkan dengan tayar konvensional.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…