Goodyear bangunkan tayar khas Eagle GO untuk Citroen Oli

oleh Penyumbang Rencana 2|
Syarikat Goodyear Tire & Rubber telah membangunkan tayar konsep Eagle Go yang akan dipasangkan pada konsep kereta baharu iaitu Citroën Oli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih daripada 120 tahun, Goodyear yang telah mengejar inovasi dan ciptaan yang mantap, penyelenggaraan yang rendah serta menjadi rakan kongsi yang terjalin sekian lama bersama Citroën. 

Eagle Go merupakan konsep ketiga tayar Goodyear yang dibangunkan dan dihasilkan bersama Citroën untuk mengoptimumkan kecekapan, ketahan dan keselesaan tayar tersebut.
 

Eagle


Penggunaan Bahan Lestari Pada Tapak Kompaun

Tayar konsep ini menggunakan kompaun di tapak dan bahagian kedalaman bunga haus yang hampir kesemuanya diperbuat daripada bahan lestari atau kitar semula. Bahan tersebut ialah:
•     Bunga matahari dan damar (getah) pokok pinus sebagai penyelesaian yang boleh diperbaharui untuk menggantikan minyak daripada petrol. 

•    Getah asli daripada pokok Hevea Brasiliensis digunakan untuk menggantikan petroleum sintetik

•    Penggunaan silika abu sekam padi daripada beras yang diproses.
 

Eagle


Tapak Boleh Diperbaharui

Tayar ini memiliki potensi jangka hayat yang panjang dan ia boleh diperbaharui sebanyak dua kali. Objektif Goodyear mensasarkan tayar konsep ini untuk mencapai penggunaannya sehingga 500,000KM.
 

Eagle


Teknologi Pintar

Tayar konsep Eagle Go menggunakan teknologi yang dipanggil Goodyear sightline dimana ia mempunyai sistem penderiaan untuk memantau tahap kesihatan tayar. 

Teknologi ini telah digunakan untuk membantu pelanggan mengurang pembaziran dan meningkatkan kecekapan dengan mengekalkan tekanan dan keadaan tayar yang ideal. Ia dapat memantau dalam menentukan sama ada atau bilakah bunga tayar tersebut perlu ditukar atau diperbaharui.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang  https://www.goodyear.com.my  atau ikut Facebook dan Instagram Goodyear Malaysia’s 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…