Goodyear Assurance ComfortTred – tayar untuk sedan mewah, 12 pilihan saiz, dari RM420

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan produk tayar terbaharu Goodyear Assurance ComfortTred yang direka khas untuk kenderaan mewah.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Dengan teknologi canggih, Assurance ComfortTred dikatakan mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang premium.
 

goodyear


Menggunakan teknologi ANXTM, Assurance ComfortTred membawakan pengalaman pemanduan yang lebih senyap, ditambah pula dengan lapisan kompaun termaju Goodyear  untuk pembatalan bunyi dan getaran.

Rekaan corak tertutup membantu mengurangkan bunyi pengepaman udara, sementara bilangan blok bunga kecil yang tinggi menghasilkan daya impak yang lebih rendah, sekaligus mengurangkan penghasilan bunyi.
 

Goodyea


Goodyear juga turut meningkatkan jumlah silika dan resin yang tinggi bagi memastikan kadar cengkaman, kadar sentuhan permukaan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.

Assurance ComfortTred boleh didapati dalam 12 pilihan saiz, sesuai untuk barisan sedan mewah yang ada di Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM420 hingga RM860.

Bermula 25 November 2022, Goodyear mengadakan promosi bersempena dengan pelancaran Assurance ComfortTred.
 

Goodyear


200 orang pelanggan bertuah yang membeli empat unit tayar Assurance ComfortTred akan berpeluang membawa pulang sebuah fon kepala berjenama JBL, sementara stok masih ada.

Berikut merupakan empat langkah mudah yang perlu diikuti:

1.    Beli 4 unit tayar Assurance ComfortTred
2.    Daftarkan pembelian untuk Jaminan Worry Free Assurance (WFA)
3.    Whatsapp butiran peribadi, resit, dan tangkap layar WFA kepada Goodyear di talian +60129988410
4.    Jadi 200 pelanggan yang layak untuk mendapatkan fon kepala JBL.
 

goodyear


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bermula 10 April hingga 31 Mei, pelanggan yang membeli sama ada empat biji tayar 16” dan 17” atau…
Berita Domestik
Tayar tersebut telah melepasi semua ujian regulasi berkaitan termasuk ujian dalaman Goodyear,…