Goodyear Asia Pasifik umumkan Naib Presiden baharu

oleh SALINA JALIL|
Goodyear Tyre and Rubber Company hari ini menamakan Andy Traicoff sebagai Naib Presiden Unit Pengguna bagi Goodyear Asia Pasifik, berkuatkuasa pada 1 November 2019. Beliau adalah Naib Presiden, Unit Pelanggan Amerika Syarikat sejak Oktober 2018.

 

 

Dengan hampir 20 tahun berkhidmat di Goodyear, Traicoff telah memegang pelbagai peranan kepimpinan di seluruh Amerika Utara dan Amerika SBUs, termasuk e-dagang, pemasaran jenama, pemasaran pelanggan, IT, jualan, pembangunan perniagaan dan pengalaman pelanggan. 

 

 

andy

 


Di samping itu, beliau membantu menubuhkan pengurusan kategori sebagai amalan untuk Goodyear, yang mengubah strategi syarikat ke pasaran dalam perniagaan gantian pengguna.

 


Traicoff akan melapor kepada Ryan Patterson, presiden Goodyear Asia Pacific. Beliau mendapat pendidikan di  Kent State University, di mana beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dan kemudian melanjutkan pengajian sehingga memiliki ijazah MBA.

 

Add new comment

Careta Ad