Golongan muda catat jumlah kemalangan maut tertinggi sepanjang Aidiladha

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Pengguna jalan raya berusia 15 dan 25 tahun mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi sepanjang musim perayaan Aidiladha dengan 60 peratus kes membabitkan penunggang motosikal.

Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata, ini menunjukkan, lebih banyak perlu dilakukan bagi mewujudkan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya dalam kalangan golongan muda.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

"Berdasarkan analisis terperinci berkaitan kumpulan umur, kebanyakan kemalangan maut membabitkan pengguna jalan raya berusia 15 dan 25 tahun, dengan 60 peratus daripadanya adalah penunggang motosikal.

"Ini menunjukkan tahap kesedaran golongan ini masih rendah. Kita perlu pertingkatkan advokasi keselamatan jalan raya untuk kumpulan umur ini kerana mereka adalah pengguna jalan raya teramai," katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Aidiladha di simpang empat Jalan Hospital Lama di Alor Star, malam Ahad.

Hadir sama Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain.

Operasi disertai 80 penguat kuasa pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada operasi itu, 1,100 kenderaan diperiksa dengan 372 notis dan lima notis penyitaan kenderaan dikeluarkan.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting dikerahkan ke…
Berita Domestik
Lesen memandu tertuduh juga digantung selama 10 tahun bermula selepas selesai menjalani hukuman…
Berita Domestik
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata dengan penganjuran Persidangan…