Golf R Mk 7 terima modifikasi Stage 2 - 400 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Barisan penawaran Golf sememangnya unik, bermula dari Golf R-Line yang tampak sopan, diikuti dengan versi prestasi GTI (220 PS) dan R yang lebih berkuasa (280 PS), namun sebagai seorang manusia, sikap tamak itu memang wujud.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Oleh sebab itu, buat mereka yang mahukan sesuatu yang lebih daripada Golf dan mungkn tidak berpuas hati dengan kawan-kawan yang memandu Mercedes-AMG A45 dan Audi RS3 Sportback, modifikasi terhadap Golf R ini mungkin sesuai untuk jiwa mereka. 
 


Model Volkswagen Golf R Mk7 ini menerima modifikasi tahap kedua (Stage 2) yang merangkumi ambilan udara baharu, sistem ekzos kustom dan kerja-kerja remapping enjin EA888 itu, tidak mengejutkan apabila enjin empat silinder turbo itu mampu melonjakkan kuasa melebihi angka 400 kuasa kuda (406 PS/546 Nm). 

 


Volkswagen juga mempunyai sebuah model Golf dengan 400 kuasa kuda yang dinamakan Golf R 400 menunjukkan kepada umum potensi sebenar platform Golf ini apabila mereka benar-benar serius.

Dengan kuasa setinggi 400 PS dan 450 Nm daya kilas daripada enjin EA888, kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi gear DSG enam nisbah kelajuan, dan menghasilkan pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j.

Namun, sehingga kini menurut Volkswagen, ia hanya sekadar konsep dan tidak diketahui bilakah projek tersebut akan memasuki fasa produksi. 
 


Sementara menunggu, marilah kita nikmati sedutan rakaman Volkswagen Golf R Mk7 400 kuasa kuda ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…