Golf R-Line kini hadir dengan kerusi kulit Vienna R-Line

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan varian Golf R-LIne kini hadir dengan kerusi balutan kulit jenis Vienna 'R-Line'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerusi kulit Vienna tersebut merupakan pelengkap kepada senarai aksesori R-Line yang turut meliputi bumper hadapan dan belakang, spoiler belakang, serta lencana R-Line pada gril hadapan dan sisi kenderaan. 
 


Menggunakan enjin turbo 1.4 liter TSI dan digandingkan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan, Golf R-Line mampu menghamburkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm yang hadir pada julat 1,500 - 3,500 rpm putaran enjin. 

Golf R-Line dengan tambahan kerusi kulit Vienna tadi kini dijual pada harga RM159,888 atau dengan ansuran bulan serendah RM1,669 tertakluk kepada terma dan syarat. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Global
Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang…
Berita Global
  Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang…