Golf R “20 Years”, model Golf R paling laju di Nürburgring-Nordschleife

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf R “20 Years”
Volkswagen Golf R “20 Years”
Nürburgring-Nordschleife adalah lokasi popular sesebuah pengeluar bagi menunjukkan dan memperakukan model masing-masing.

Terbaru Volkswagen mengumumkan Golf R “20 Years” adalah model Golf R paling laju di litar tersebut. 

Mana datang Golf R “20 Years”? Ini adalah model terbaru bagi meraikan ulang tahun ke-20 dan mempunyai spesifikasi berbeza.

Masa yang dicatatkan di litar dengan jarak 20,832 km ialah 7:47.31 minit atau empat saat lebih laju berbanding rekod Golf R sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Golf R “20 Years”

 

Selain rekod baharu, Golf R “20 Years” berjaya dipecut sehingga 240 km/j pada bahagian Schwedenkreuz yang mencabar dan 265 km/j pada laluan lurus Döttinger Höhe.

Golf R “20 Years” digerakkan enjin 2.0 liter turbo dengan output 333 PS dan 13.5 PS lebih berkuasa berbanding Golf R di pasaran. Daya kilas kekal pada 420 Nm.

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan 4.6 saat dan kelajuan maksimum dihadkan kepada 270 km/j.

Untuk perbandingan, kuasa Golf R 2020 ialah 320 PS dengan daya kilas 420 Nm dan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.7 saat.

Kelajuan maksimum 250 km/j atau 270 km/j dengan pakej R- Performance.

 

Volkswagen Golf R “20 Years”

 

Peningkatan kuasa Golf R “20 Years” bukan sahaja untuk Nürburgring tetapi boleh digunakan setiap hari seperti memotong dan sebagainya.

Ini lah kelebihan Golf R, boleh digunakan untuk menikmati pemanduan atau ke pasar raya.

Enjin Golf R “20 Years” yang lebih berkuasa disumbangkan oleh penalaan enjin.

Pengecas turbo juga ditetapkan pada kelajuan malar di dalam keadaan lampau (overrun) supaya enjin boleh mengeluarkan kuasa lebih cepat pada pecutan seterusnya.

Lebih ringkas jika dikatakan pengecas turbo di dalam keadaan aktif untuk enjin meledakkan kuasa. Proses tersebut dibantu dengan injap pendikit yang sentiasa terbuka.

 

Volkswagen Golf R “20 Years”

 

Apabila pemandu mengangkat kaki dari pedal dan kemudian memijak kembali, daya kilas enjin lebih cepat dihantar dan mempertingkatkan lagi respon enjin.

Turut membantu dalam prestasi Golf R “20 Years” ialah pelbagai kelengkapan standard seperti pakej R- Performance, Driving Dynamics Manager dan R-Performance Torque Vectoring.

Menjalankan tugas di Nürburgring ialah pemandu kereta lumba dan pemandu pembangunan Volkswagen R iaitu Benjamin Leuchter.

Beliau juga memainkan peranan penting di dalam pakej R-Performance untuk model terbaru ini.

Selain mod pemanduan Comfort, Sport dan Race, model ini dilengkapi dua lagi mod iaitu Special dan Drift.

 

Volkswagen Golf R “20 Years”

 

Semasa sesi di Nürburgring, Benjamin Leuchter menggunakan mod Special yang dibangunkan untuk Nürburgring.

Mod tersebut ditala supaya bersesuaian dengan profail litar Nürburgring yang mencabar dan bukan seperti litar lain.

Di antara tetapan atau ciri mod Special ialah larasan penyerap hentak yang lebih lembut dan selesa.

Sebagai satu daripada 15 larasan, tetapan itu membolehkan hubungan yang optimum di atas permukaan litar dengan sejumlah lantunan.

Mod Special secara amnya bukan untuk Nürburgring sahaja tetapi juga untuk litar lain dengan ciri yang sama.

 

Volkswagen Golf R “20 Years”

 

Selain itu, tetapan Driving Dynamics Manager membolehkan pemandu melaras pelbagai ciri melalui mod Individual seperti Performance Torque Vectoring dan juga bunyi enjin.

Enjin yang lebih berkuasa dipadan bersama kotak gear tujuh kelajuan dengan perubahan pada karakteristik tukaran gear untuk respon yang lebih jitu.

Sistem ekzos juga diubah pada julat kelajuan enjin rendah dan bunyi enjin lebih kasar di dalam kabin.

Penulis: Muhammad Md Tajudin