Golf Mk8 lebih berkuasa, lebih jimat bahan api!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen telah menerbitkan satu imej acah yang menunjukkan garisan luar badan hatchback generasi baharu Golf yang dijangka bakal menemui peminatnya pada pertengahan tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Lakaran tersebut didapati mengekalkan bentuk tradisional sebuah Golf, namun garisan lampu dilihat sedikit berbeza dan dikatakan bakal menampilkan rekaan gril serba baharu seperti yang terdapat pada SUV Touareg.

Berikut merupakan beberapa fakta berkenaan generasi baharu Golf Mk8 yang kami sempat korek daripada Autocar. 

 

1. Platform


Golf Mk8 menggunakan platform tersedia MQB yang telah dikemaskini dan menampilkan penggunaan bahan yang lebih ringan - pengurangan berat sehingga 50 kg. 

 

2. Pilihan enjin yang pelbagai


Volkswagen telah menetapkan enjin 1.0 liter tiga silinder, 1.5 liter TSI ACT dan enjin diesel 1.5 liter yang masing-masing akan dikombinasikan dengan ciri mild-hybrid 12V atau 48V.

Manakala versi prestasi pula bakal dijanakan oleh enjin diesel 2.0 liter EA288 Evo baharu yang telah direka untuk mengurangkan pencemaran udara, dan memberikan prestasi yang lebih responsif. 

Untuk varian GTI pula, sistem pacuan hibrid akan digunakan menampilkan sistem elektrik 48V yang digandingkan dengan enjin petrol 2.0 liter. 

 

3. Teknologi berhubung


Menggunakan teknologi eSIM yang sudah pun terdapat pada Touareg baharu, Golf Mk8 juga mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan internet, memberikan ciri yang lebih moden seperti pencarian radio internet, ciri pemetaan 3D dan kemaskini harga bahan api.

Ciri swapandu juga dijangka bakal menjadi kunci utama dalam penjualan Volkswagen Golf Mk8. 

 

4. Bahasa rekaan yang baharu


Menurut ketua rekaan Klaus Bischoff, Golf baharu ini akan menampilkan bahasa rekaan Volkswagen yang serba baharu - lebih sporty dan rupa yang unik.

Ia merupakan strategi VW untuk membezakan antara model standard daripada keluarga baharu EV ID, selain mengekalkan imej tradisional sebuah kenderaan Volkswagen. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Global
Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang…
Berita Global
  Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang…