Golf Fan Fest - raikan 50-tahun VW Golf

oleh Firdaus Razani|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dalam usaha untuk mengabadikan rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran perhimpunan pemilik dan peminat Volkswagen Golf terbesar di negara ini pada acara Golf Fan Fest 2024.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Acara perhimpunan itu akan belangsung pada 24 Ogos 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dan terdapat pelbagai anjuran aktiviti menarik, serta pemilik dan peminat Golf di seluruh negara dijemput hadir.

 

vw

 

Golf Fan Fest bakal melibatkan banyak aktiviti pemanduan seperti pertandingan gymkhana, menaiki Golf R drift secara taxi rides dan sesi memandu di litar.

Selain itu, satu pameran mengenai evolusi Golf sejak lima dekad lalu juga dijangka menarik minat para pemujanya.

Lapan orang finalis pertandingan Biggest Golf Fan Volkswagen yang dilangsungkan di media sosial selama sebulan akan bersaing untuk memenangi Hadiah Utama dan meraih gelaran peminat paling tegar Golf sepanjang sambutan paling besar di Malaysia itu berlangsung.

Golf ialah ikon Volkswagen yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan lebih 37 juta unit diserahkan di lebih 70 buah negara, ia merupakan kereta paling berjaya pernah dihasilkan.

 

vw

 

Maka, ulang tahun ke-50 ikon yang disukai ramai ini diraikan oleh para peminat dan rakan-rakan Volkswagen dari mana pun mereka berada.

Sesi pandu uji dan demonstrasi semua model Volkswagen dibuka sepanjang hari.

Perbincangan teknikal dan bengkel yang merangkumi pelbagai aspek pemilikan Golf turut dijalankan.

Untuk mengetahui senarai program terkini dan butiran pendaftaran, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/events/golf-fan-fest-2024 kerana kemas kini akan dibuat apabila acara ini semakin hampir.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemilik dan peminat Volkswagen dari seluruh negara berhimpun bersama-sama untuk mengambil bahagian…