GOLD 1 milik Agong

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari IG officialsultanibrahim
Nombor plat kenderaan keluaran khas GOLD 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan tertinggi dalam sejarah negara iaitu RM1.5 juta.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan Instagram rasmi baginda pada Selasa, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Pada pertemuan itu, Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Nombor plat siri GOLD merupakan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Februari bermula jam 12 tengah hari hingga 5 Februari lalu.

 

Astro Awani