GoKL akan perkenal bas bersaiz kecil, sesuai untuk laluan sesak dan sempit

oleh Penyumbang Rencana|
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memperkenalkan bas GoKL dengan dimensi yang lebih kecil untuk laluan luar pusat bandar yang sesak dan sempit, menurut laporan daripada Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada pemberita, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan kawasan luar pusat bandar banyak tertumpu di kawasan kediaman dan mempunyai jalan raya sempit hingga menyukarkan pergerakan bas dan boleh menyebabkan berlakunya perlanggaran.

"Jalan raya di kawasan kediaman tidak sama dengan jalan raya di pusat bandar yang lebar dan luas, ada selekoh dan persimpangan tertentu yang dilalui bas percuma GoKL itu agak susah dan ini akan melambatkan untuk sampai ke destinasi berikutnya,” katanya lagi.  selepas melakukan ujian percubaan bas percuma GoKL di laluan baharu iaitu Laluan Taman Fadason-MRT Sri Delima dan Laluan MRT Jinjang-Matrade hari ini.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pembekal bas dan pada ketika ini, GoKL memiliki bas bersaiz 13 dan 10 meter panjang.

Perkhidmatan bas percuma GoKL kini sedang menguji dua laluan baharu iaitu  Laluan Taman Fadason-MRT Sri Delima dan Laluan MRT Jinjang-Matrade, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 13 laluan. 

GoKL menyasarkan sehingga 20,000 penumpang sehari bagi setiap laluan dan jumlah itu dijangka bertambah selepas enam bulan pertama pelaksanaannya.

Sehingga November lalu, seramai 7.8 juta penumpang menggunakan perkhidmatan bas percuma tersebut, dan terdapat kemungkinan untuk melaksanakan caj kepada penumpang warga asing. 

Jelasnya, perkara tersebut masih dalam penelitian seperti jumlah tambang yang sesuai, kemudahan gajet dan mekanisme, serta beberapa proses penambahbaikan perlu dilakukan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Pada Ogos lepas, bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata 45.2 peratus pengguna perkhidmatan bas percuma GoKL adalah warga asing dan tidak menolak kemungkinan bayaran dikenakan pada masa akan datang terhadap golongan itu.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch&Go, kod QR, kad kredit atau kad…
Informasi
"Bagaimanapun, nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh sementara untuk…
Informasi
  Baru-baru ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mahu pihak…