Gogoro Taiwan berganding dengan Hero untuk motosikal elektrik India

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat motosikal/skuter elektrik Taiwan, Gogoro sudah mengumumkan kerjasama bersama Hero MotoCorp untuk infrastruktur penukaran (swapping) bateri di India.

India ialah pasaran motosikal terbesar dunia, dengan 21 juta buah motosikal terjual dalam tahun 2019 sahaja. Hero pula ialah pemegang pasaran terbesar untuk jualan motosikal di negara itu dan juga syarikat pembuat motosikal terbesar di dunia (7.9 juta unit dihasilkan dalam tahun 2019).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua syarikat itu bakal melancarkan sebuah motosikal dengan jenama Hero yang menggunakan teknologi bateri boleh tukar milik Gogoro dan ia akan dijual di beberapa bandar besar di India.

Pengerusi Hero, Pawan Munjal berkata ia akan mewujudkan infrastruktur tempat pertukaran bateri boleh tukar di seluruh India dan kemudian akan membawanya ke luar negara pula.

 


 

 

Pawan yakin syarikatnya mampu mengubah lanskap motosikal di India dengan projek terbaharu Hero itu.

Gogoro ialah sebuah syarikat skuter dengan teknlogi bateri boleh tukar. Bila bateri kehabisan caj, cuma tunggang skuter Gogoro ke pusat penukaran bateri terdekat dan tukar bateri dalam masa beberapa saat.

Gogoro yang berpengkalan di Taipei mempunyai beberapa pelabur besar. Antaranya ialah Temasek dari Singapura dan Sumitomo Corporation, dari Jepun.

Buat masa sekarang, Gogoro ialah jenama skuter elektrik nombor satu di Taiwan.

Jika Malaysia bijak, ia patut membuat sesuatu untuk pasaran Indonesia yang mempunyai jualan motosikal hampir 6.5 juta unit.

* Laporan lengkap di Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Global
Vincente dan Fernanda, yang dikenali sebagai Vuelta Al Mundo En Moto (Around The World By Motorbike…