Gogoro masuki pasaran China bina infrastruktur perkongsian bateri untuk skuter elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat skuter elektrik dari Taiwan, Gogoro dalam kenyataan Selasa lalu mengumumkan kerjasama dengan dua syarikat motosikal China iaitu Dachangjiang Group dan Yadea Group Holdings bagi menawarkan infrastruktur perkongsian bateri di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk memperluaskan lagi penawaran skuter dengan bateri yang mudah ditukar ganti di peringkat global.

Syarikat Dachangjiang dan Yadea akan membangunkan skuter khusus dengan menggunakan platform pertukaran bateri yang disediakan oleh Gogoro.

Sebelum ini, Gogoro telah pun bekerjasama dengan syarikat India Hero MotoCorp dengan tujuan yang sama di negara pasaran motosikal terbesar dunia itu.

Malah, syarikat yang menerima dana daripada Temasek dan Sumitomo Corporation itu turut sama melancarakan perkhidmatan perkongsian skuter di Eropah, serta membangunkan infrastruktur perkongsian batri di Jepun.

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan TechCrunch, Gogoro bakal bekerjasama dengan syarikat konglomerat Filipina Ayala…
Berita Global
Zypp Electric merupakan syarikat India yang menawarkan platform EV-as-a-Service, dengan memfokuskan…
Berita Global
Tidak seperti bateri lithium-ion sedia ada, bateri jenis solid-state menjanjikan kadar ketumpatan…