Gogoro catat 200 juta kali penukaran bateri skuter elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat skuter elektrik Gogoro Network kini boleh berbangga dengan apa yang telah diusahakan selama ini, walaupun pada mulanya ia satu idea yang agak pelik - skuter elektrik dengan pek bateri yang boleh ditukar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak 2011 sehinggalah sekarang, Gogoro Network kini sudah mempunyai 400,000 orang pelanggan program penukaran bateri, dan kira-kira 200 juta kali penukaran bateri dilakukan hanya di Taiwan sahaja!

Menurut laporan daripada RideApart, walaupun Gogoro bukanlah satu-satunya pengeluar skuter elektrik di sana, akan tetapi mereka bertanggungjawab terhadap 97 peratus penguasaan pasaran skuter elektrik di kepulauan tersebut.
 

Ggoro


CEO dan pengasas Gogoro, Horace Luke dalam satu kenyataan menyebut, "momentum Gogoro yang kuat pada ketika ini disumbangkan oleh bilangan pelanggan bulanan, jumlah penukaran pek bateri yang telah dilakukan, serta rakan kerjasama yang semakin bertambah merupakan indikasi kuat kepada kami untuk menerajui perkhidmatan mobiliti pintar dan penukaran bateri di peringkat urban.

"Kami amat berbangga, dengan perkembangan yang dibuat bersama pelanggan kami telah berjaya mengurangkan lebih daripada 300 juta kilogram pelepasan CO2.
 

Gogoro


Baru-baru ini, Gogoro turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat India Hero MotoCorp untuk menjual skuter elektrik dan menyediakan perkhidmatan penukaran bateri pada bulan April yang lalu.

Hero MotoCorp (sebelum ini Hero Honda) kini merupakan syarikat pengeluar motosikal dua roda terbesar di India, selain memiliki jaringan jualan di seluruh dunia.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Gogoro juga turut mengumumkan rakan teknikal, iaitu Yamaha, Aeon Motor (bukan…