Gogoro bakal tembus pasaran Filipina tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penyedia ekosistem penukaran bateri skuter elektrik dari Taiwan, Gogoro bakal menembusi pasaran negara jiran Filipina, tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan TechCrunch, Gogoro bakal bekerjasama dengan syarikat konglomerat Filipina Ayala Corporation, penyedia telekomunikasi Globe serta syarikat subsidiari Globe, 917Ventures untuk melancarkan program penukaran bateri B2B (business-to-business) di Manila pada suku pertama tahun 2023.

Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari selepas kerajaan Filipina meluluskan pengecualian duti import ke atas kenderaan elektrik serta komponen EV (termasuk komponen pengecasan dan penukaran bateri) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pengasas dan CEO Gogoro, Horace Luke menjelaskan langkah tersebut membuka ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan fasiliti penukaran bateri serta barisan model Smartscooters di negara tersebut.
 

gogoro


Tambahnya lagi, tahun depan pihak Gogoro akan membekalkan ratusan unit Smartscooters, ratusan unit bateri serta enam stesen pengecasan dan penukaran bateri yang akan ditempatkan di sekitar Manila untuk kegunaan penunggang p-hailing.

Ia bakal mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sebelum diperluaskan kepada rakan B2B baharu serta pengguna persendirian.

Pada masa akan datang, Gogoro mahu mengintegrasikan ekosistem penukaran bateri mereka yang serasi dengan motosikal elektrik buatan tempatan, seperti yang telah dilaksanakan di India dan China sebelum ini.

Sumber: Tech Crunch

Berita Berkenaan

Berita Global
Zypp Electric merupakan syarikat India yang menawarkan platform EV-as-a-Service, dengan memfokuskan…
Berita Global
Tidak seperti bateri lithium-ion sedia ada, bateri jenis solid-state menjanjikan kadar ketumpatan…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…