GoEV ditambah baik, GoCar kurangkan kadar dan tambah lokasi baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar kini telah membuatkan servis perkongsian kereta elektriknya lebih mampu milik apabila syarikat itu memperkenalkan kadar baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke atas kini jimat hampir 50 peratus.

 

2

 

Ditawarkan untuk tempahan Pergi Balik, kadar jam untuk GoEV Share kini ialah RM17.90 (turun daripada RM24.90 sejam). GoCar juga telah mengurangkan kadar harian kepada RM179 berbanding RM249 sehari sebelum ini.

Kadar untuk tempahan jangka masa panjang iaitu 30 hari dan ke atas kini lebih menarik iaitu RM120 sehari berbanding RM232 sebelum ini.

 

3

 

Selain pengurangan kadar harga, GoCar telah menambah dua zon baharu iaitu di IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) serta 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164).

Ianya bagi menambah lokasi sedia ada termasuk GoCar Petaling Jaya Hub, GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit, Avenue K KLCC, ERL Station KL Sentral, The LINC KL Jalan Tun Razak, MidValley Megamall, MyTown Cheras, Nissan/Renault ETCM Glenmarie dan 163 Retail Park Mont Kiara.

 

4

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web GoCar atau muat turun aplikasi mudah alih GoCar untuk menempah GoEV Share.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…
Berita Domestik
Lokasi baharu yang disertakan dalam program GoVax adalah di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC…