"Godfather" Nissan GT-R, Hiroshi Tamura mahu R36 kekal dengan enjin petrol

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Awal minggu ini, komuniti automotif mengucapkan selamat tinggal kepada model ikonik Nissan GT-R R35.

Selepas 18 tahun dihasilkan dengan kira-kira 48,000 unit, era R35 kini rasmi berakhir.

Walaupun Nissan melalui Ketua Pegawai Eksekutif nya, Ivan Espinosa, berjanji “Godzilla” akan kembali, persoalan besar yang masih timbul, adakah generasi seterusnya, R36, masih menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE)?

Ini kerana model konsep Hyper Force yang diilhamkan daripada GT-R tampil sebagai sebuah EV penuh dengan empat motor elektrik berkuasa 1,341 hp.

 

2

 

Namun begitu, Hiroshi Tamura, bekas perancang produk R35 yang digelar “Godfather of the GT-R”, berharap R36 tetap mempunyai DNA enjin petrol.

“Untuk mana-mana generasi GT-R akan datang, ini sekadar pendapat peribadi saya, saya masih mahu sekurang-kurangnya ada sedikit bunyi daripada ruang pembakaran,” kata Tamura menerusi artikel di laman rasmi Nissan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kenyataannya bukan petunjuk rasmi hala tuju Nissan, sekadar pandangan peribadi.

 

3

 

Buat masa ini, Nissan belum memuktamadkan pelan pembangunan R36, ia berkemungkinan akan mengambil masa bertahun lagi sebelum muncul di pasaran.

Tamura sebelum ini juga pernah memberitahu majalah Top Gear bahawa beliau tidak yakin GT-R seterusnya akan menjadi EV sepenuhnya.

Katanya, jika pelanggan mahukan hibrid berbanding EV, Nissan perlu menilai kehendak tersebut.

 

4

 

Naib Presiden Nissan Design Europe, Giovanny Arroba pula memberi bayangan bahawa R36 mungkin tiba sekitar tahun 2030, dengan Hyper Force dianggap sebagai “impian berani tetapi boleh dicapai menjelang hujung dekad ini.”

Tamura turut mengenang kembali bagaimana beliau memperjuangkan konfigurasi R35, dengan meninggalkan enjin enam sebaris dan transmisi manual, digantikan dengan nadi VR38 V6 bersama transmisi dwi-klac automatik.

 

5
Test mule Nissan GT-R R35

 

“Ramai yang fikir saya gila ketika hanya mahukan dua pedal,” kata Tamura, sambil mengimbas era awal 2000-an apabila kereta sport mewah mula meninggalkan kotak gear manual.

Apa pun, sama ada dengan enjin petrol, hibrid atau EV, GT-R R36 tetap bakal muncul, dan pastinya akan menjadi salah satu model paling ditunggu dalam dunia automotif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Legasi 48,000 Unit     Di kilang Nissan di Tochigi, para pekerja berkumpul untuk meraikan legasi…
Berita Global
Model yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007 ini telah meninggalkan legasi besar dalam…
Berita Global
Jepun menjadi antara pasaran terakhir yang menjual Nissan GT-R, sejak tahun 2021 jualan GT-R telah…