GoCar umum integrasi aplikasi chargEV - akses pengecasan EV yang lebih mudah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat mobiliti GoCar Malaysia baru-baru ini mengumumkan kolaborasi dengan Green EV Charge bagi meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV dengan aplikasi GoCar, ia membolehkan ahli GoCar dan pengguna EV lain mendapat akses yang lebih mudah kepada semua stesen chargEV tanpa perlu menukar platform aplikasi.

Sehingga kini, chargEV merupakan rangkaian pengecasan EV terbesar di Malaysia dengan lebih 400 buah stesen di seluruh negara.

Fasa pertama integrasi itu akan membolehkan pengguna aplikasi GoCar untuk melihat lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV.

Penambahbaikan pada fasa seterusnya adalah integrasi seperti pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas.
 

GoCar


Kolaborasi dengan Green EV Charge merupakan usaha terkini GoCar untuk mengembangkan akses pengalaman EV kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Syarikat baru-baru ini bekerjasama dengan EV Connection untuk menawarkan pengguna aplikasi GoCar kepada lebih banyak stesen pengecasan dalam rangkaian JomCharge.

Syarikat juga telah mengembangkan perkongsian serta langganan GoEV yang kini merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite. Ia mensasarkan untuk menambahnya kepada lebih 100 unit EV menjelang tahun 2022.  

Menerusi GoEV, ahli GoCar boleh merasai pengalaman memandu sebuah EV selama sejam, sehari atau sebulan, malah setahun hingga tiga tahun. Berdasarkan kepada data yang dikumpul hingga ke hari ini, daripada 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km, 90 peratus merupakan pengguna EV kali pertama.  

Kerja-kerja telah dijalankan untuk menaik taraf dan memodenkan rangkaian, perkhidmatan serta sistem sokongan chargEV, selari dengan misi mempercepatkan penyediaan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.
 

GoCar


Pelanggan boleh melihat lokasi, kebolehdapatan dan maklumat jenis penyambung pengecas, selain mendapatkan arahan penggunaan pada masa sebenar. Syarikat telah menambah baik pengalaman khidmat pelanggan dan akses pantas kepada hotline sokongan melalui aplikasi mudah alih chargEV.

Aplikasi itu kini menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan langganan dan bayaran mengikut penggunaan bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain menawarkan akses lebih baik kepada semula kenderaan elektrik.  

Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati pengalaman memandu sebuah EV yang senyap, bersih serta berkuasa, muat turun aplikasi mudah alih GoCar menerusi pautan INI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…