GoCar, TotalEnergies lancar tawaran Atas Talian-Luar Talian untuk Garage Services

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GoCar Malaysia dan TotalEnergies Marketing Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk melancarkan penawaran Atas Talian-Luar Talian melibatkan minyak pelincir dan kepakaran TotalEnergies kepada rangkaian GoCar Garage.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerjasama tersebut membolehkan kedua-dua pihak untuk mengembangkan jangkauan pelanggan dan rangkaian servis masing-masing, bermula dengan pelancaran TotalEnergies Quartz Auto Services ke dalam aplikasi mudah alih GoCar.

Ianya selari dengan usaha pendigitalan TotalEnergies untuk meningkatkan titik hubungan pelangan menerusi pelbagai saluran, dimana ia menambah baik kemudahan penyelesaian sehenti GoCar Garage kepada pelanggan untuk menyelenggara, servis dan membaiki kereta mereka melalui sasaran 200 lokasi di seluruh negara pada tahun 2023.

 

2

 

GoCar Garage dan rangkaian rakan Garage yang kian berkembang juga akan menawarkan minyak pelincir termaju TotalEnergies Quartz, lengkap bersama teknologi molekular tercanggih untuk memberi perlindungan, kecekapan dan ketahanan yang optimum kepada enjin.

Dibina berdasarkan kepada pengalaman selama 60 tahun, minyak pelincir Quartz telah diformulasi untuk memenuhi apa jua keperluan, dengan setiap formula melibatkan kajian, pembangunan dan ujian selama beribu-ribu jam.

Platform digital GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual temu janji servis, memilih jenis servis, meluluskan sebut harga sebelum kerja-kerja dimulakan serta membuat pembayaran, semuanya melalui aplikasi mudah alih GoCar.

 

3

 

Pelanggan di Lembah Klang juga boleh memilih perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu untuk menjimatkan masa dan menikmati lebih banyak kemudahan.

GoCar Garages bersedia untuk menyelenggara pelbagai jenis kenderaan jenama tempatan, Jepun, continental dan premium.

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janji servis, anda boleh muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…