Gocar Free Floating kini benarkan perjalanan sehala, lebih jimat!

oleh Mohamad Hanif|
GoCar Malaysia baru-baru ini memperkenalkan ciri Free Floating yang membenarkan lebih banyak perjalanan satu hala di dalam Lembah Klang dan perjalanan merentas negeri dengan menggunakan sistem pembayaran per minit, dan bukan per jam seperti yang diamalkan sebelum ini.

Tidak seperti opsyen Round Trip sedia ada, sistem baharu ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk memulangkan kereta GoCar di mana-mana lokasi terpilih.

Pengenalan ciri Free Floating ini adalah berdasarkan ujian beta yang dijalankan pada 28 Mei lalu yang mencatatkan kenaikan bilangan pengguna aktif serta peningkatan kadar tempahan sebanyak 800 peratus pada bulan lalu.

 


Untuk menggunakan ciri ini, GoCar menyertakan syarat bayaran minimum sebanyak RM50 (5,000 poin GoPocket) sebelum membuat tempahan, caj asas sebanyak RM0.99 (99 poin) serta caj minit bermula dari RM0.17/minit atau 17 poin/minit.

Sebagai contoh, sekiranya anda menempah sebuah Nissan Almera selama 15 minit, anda akan dicaj sebanyak RM3.54 sahaja berdasarkan pengiraan berikut:

Caj asas + (caj per minit x bilangan minit)

RM0.99 + (RM0.17 x 15 minit) = RM3.54

Terdapat lebih daripada 100 lokasi di enam buah negeri termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan yang menyokong ciri Free Floating dari GoCar ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaku syarikat operasi perkongsian kenderaan, GoCar Malaysia percaya dengan kuasa teknologi mampu…
Berita Domestik
Promosi itu menawarkan penggunaan Nissan Almera daripada barisan fleet GoCar dan boleh diakses dari…
Berita Domestik
  Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh barisan hadapan medik ini! Mereka perlu memberikan…