GoCar, EV Connection pertingkat akses jaringan pengecasan EV di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
GoCar Malaysia dengan kerjasama penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik EV Connection baru-baru ini telah menjalin kerjasama untuk mengembangkan akses terhadap stesen pengecas EV di negara ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City Convention Centre hari ini.

Kerjasama itu akan membolehkan aplikasi mudah alih GoCar dan platform JomCharge milik EV Connection diintegrasikan, sekali gus meningkatkan akses ke atas lebih banyak stesen pengecasan EV serta pengecas pantas DC buat pengguna GoCar dan orang awam.

Selepas integrasi fasa pertama yang dijangka dapat disempurnakan menjelang suku ketiga tahun 2022, pengguna GoCar dan orang ramai boleh melihat lokasi-lokasi pengecasan, kebolehdapatan pengecas dan jenis pengecas yang ada dalam rangkaian EV Connection menerusi aplikasi GoCar.

Perancangan masa depan termasuklah meningkatkan perkhidmatan seperti keupayaan pra-tempahan pengecas EV, menyusun semula waktu pengecasan, membuat pembayaran dan mengetahui perkembangan terkini pengecasan kenderaan melalui aplikasi GoCar.  
 

EV


EV Connection kini mempunyai salah satu jaringan pengecas DC terbesar di Malaysia yang terletak sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. Syarikat mensasarkan untuk mengembangkannya kepada 100 stesen pengecasan menjelang akhir tahun 2022. Pengecasan DC ini merupakan pengecas universal dan boleh digunakan oleh semua jenama serta model EV.

“Kerjasama strategik dengan EV Connection adalah selari dengan komitmen GoCar untuk membawakan pengalaman EV ke dalam arus perdana di Malaysia melalui GoEV. Menerusi integrasi ini, kami percaya bahawa pengguna akan boleh merancang perjalanan dengan lebih baik dan mempunyai kemas kini pada masa sebenar mengenai lokasi pengecas EV ketika memandu. Semua ini pasti dapat mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keselesaan dan kemudahan buat pelanggan GoCar dan pengguna EV yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

Bukan sekadar platform perkongsian kereta sahaja dan mampu menawarkan pelbagai penyelesaian mobiliti, GoCar kini memberi fokus untuk mengembangkan akses ke atas EV melalui perkongsian, langganan dan pengecasan kereta elektrik. Baru-baru ini, syarikat telah menambah Hyundai Kona ke dalam rangkaian GoEV dan berhasrat untuk meningkatkan jumlahnya kepada 100 unit EV menjelang akhir tahun 2022.
 

EV


Sejak pelancaran GoEV pada Disember 2021, lebih 1,000 pengguna EV telah mencatat perjalanan lebih 500,000km. Bagi lebih 90 peratus pengguna, ia merupakan kali pertama mereka merasai pengalaman memandu sebuah EV.

“Kolaborasi ini selaras dengan misi JomCharge untuk menyokong transisi mobiliti elektrik di rantau ini. Bersama-sama dengan GoCar, kami harap dapat melegakan kebimbangan dan merapatkan jurang peralihan kepada EV oleh orang ramai,” kata Pengarah Teknikal EV Connection, Dr Che Hang Seng.

Selaku perintis dalam penyelesaian pengecasan EV, EV Connection ialah satu-satunya penyedia perkhidmatan EV yang memiliki portfolio dari segi perkakasan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan, perkhidmatan awan dan sokongan kereta elektrik yang bersepadu. Syarikat itu merupakan pengedar sah untuk jenama-jenama seperti ABB dan Hager. Ia berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Tenaga National Berhad dan MyHijau. EV Connection juga pemasang pengecas EV yang mendapat pengiktirafan daripada pihak TÜV SÜD.

Selain integrasi, kedua-dua syarikat ini merancang untuk meneroka peluang-peluang lain bagi menyokong usaha peralihan EV yang lebih besar di Malaysia. Kerjasama-kerjasama yang berpotensi untuk diteroka termasuklah kitar semula bateri EV, penyelesaian pengecas EV, perkongsian data dan banyak lagi.

Untuk mendaftar keahlian GoCar serta merasai sendiri pengalaman pemanduan EV yang senyap, bersih dan berkuasa, muat turun aplikasi GoCar di sini.

Maklumat lanjut megenai GoCar Malaysia, layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…
Berita Domestik
Lokasi baharu yang disertakan dalam program GoVax adalah di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC…