Go Shop dan Proton bekerjasama - Tawaran istimewa untuk Proton Iriz dan Persona

oleh Muhammad Md Tajudin|
Go Shop dan Proton bekerjasama - Tawaran istimewa untuk Proton Iriz dan Persona
Go Shop dan Proton bekerjasama - Tawaran istimewa untuk Proton Iriz dan Persona
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Go Shop yang merupakan platform e-dagang bukan sahaja menawarkan produk gaya hidup, pakaian muslimah, dan sebagainya malah kini turut menawarkan khidmat informasi dan pembelian kenderaan Proton susulan kerjasama kedua-dua syarikat itu.

Rakyat Malaysia kini mampu mengetahui ciri-ciri yang kenderaan yang ditawarkan Proton dan mendaftar minat mereka untuk mendapatkan kereta dihajati melalui pelbagai platform Go Shop seperti TV, telefon pintar dan dalam talian hanya dari keselesaan rumah mereka.

Setakat ini, penerimaan dari pasaran terhadap dua model Proton iaitu Iriz dan Persona begitu menggalakkan apabila sebanyak 300 pendaftaran minat telah dibuat.

Pelanggan yang membuat pendaftaran melalui pelbagai platform Go Shop dari 5 hingga 30 Jun 2017 akan menerima pelbagai keistimewaan seperti promosi Proton Stay Safe & Save serta tawaran dari to-Go Shop iaitu percuma setahun insurans dan cukai jalan serta kad hadiah elektronik Go Shop bernilai RM200.

Berikut ialah Kempen Proton Stay Safe & Save sempena musim perayaan:

  • 5 tahun percuma servis / 100,000 km termasuk alat ganti dan kos upah
  • 5 tahun waranti
  • Bonus Perayaan RM500
  • Bonus Balik Kampung RM500 dan 
  • Bonus Kesetiaan RM500 untuk pemilik sedia ada kenderaan Proton

Proton Iriz ialah salah satu kereta terbaik dihasilkan Proton yang turut mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan di antaranya ialah enam beg udara, struktur kukuh yang diperbuat menggunakan teknologi Hot Press Forming, Vehicle Dynamic Control serta ciri-ciri lain seperti kemasukan tanpa kunci, butang hidup mula dan pelbagai lagi yang biasa dipasangkan pada kereta lebih mewah.

Proton Persona pula adalah tawaran baharu Proton yang dilancarkan tahun lalu dan telah pun memenangi anugerah Kereta Kompak Terbaik 2016 dari penerbitan automotif CarSifu. Dari segi keselamatan ia turut dilengkapi ciri-ciri hebat seperti Proton Iriz dan memperolehi skor 5 bintang ASEAN NCAP.

Ia dibekalkan dengan pelbagai teknologi keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC), Traction Control, enam beg udara, Hill Hold Assist, Brake Assist, ISOFIX dengan cangkuk top tether.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk makluman, pengguna layak mendapatkan sekeping baucar tersebut dengan berbelanja minima…