
Go-Jek pula ialah sebuah syarikat Indonesia dan kini beroperasi di Singapura, Thailand dan beberapa negara Asean yang lain.
Perkhidmatan teksi-motosikal bakal dibenarkan semula setelah mendapat "lampu hijau" hasil perbincangan Nadiem Makarim, pengasas Go-Jek, Perdana Menteri dan Menteri Belia Sukan dan Menteri Pengangkutan.
Ia juga mendapat sokongan padu dari Menteri Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Redzuan juga "mengarahkan" pihak kementerian pengangkutan untuk memastikan operasi teksi-motosikal itu untuk mengikut semua peraturan yang ada.
Penunggang motosikal menyumbang lebih kurang dari 62 peratus kepada kemalangan maut di Malaysia dalam tahun 2018.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak membuat sebarang pernyataan.
Kumpulan Safety First dan penasihatnya, Datuk Seri Azman Ujang juga masih belum membuat sebarang kenyataan.