Go Auto pamer MPV PDRM baharu kepada Perdana Menteri

oleh Mohamad Hanif|
Go Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal menjadi kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) baharu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.

Go Auto telah menerima surat niat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan 425 unit MPV kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira dan Waja yang sudah berusia secara berperingkat. 

Setiap unit MPV akan dipakejkan bersama servis percuma selama lima tahun dan turut  dilengkapkan dengan aksesori tambahan khas seperti Sistem Bunyi Lampu Bersepadu (Integrated Light Sound System) dan Sistem Pengurusan Flit (Fleet Management System), termasuk dilengkapkan alat komunikasi radio berfrekuensi tinggi. 
 


Persiapan unit prototaip MPV ini merupakan satu usaha Go Auto sebagai langkah awal untuk mendapat kelulusan segera dan seterusnya menyempurnakan penghantaran kesemua 425 unit MPV. 

Go Auto mensasarkan 100 unit pertama akan dapat digunakan oleh PDRM menjelang APEC 2020. 

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat menjangkakan 100 unit pertama akan dihantar kepada PDRM dalam jangka masa kurang dua bulan, manakala baki 325 unit akan menyusul dua bulan kemudian. 
 


“Ketika ini pihak Go Auto sedang menunggu keputusan terakhir dari Kementerian Kewangan bagi pembekalan tersebut. 

"Ini merupakan tender kedua diperoleh Go Auto, sebelum ini kami sudah berjaya menghantar 200 unit kenderaan pacuan empat roda (4x4), pada tahun lalu dan penghantaran dilakukan lebih awal dari jadual. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, Toyota Alphard kemudiannya berpatah balik selepas mendapati ada lagi sekatan jalan raya…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan model sedia ada, Honda Odyssey 2021 menerima beberapa perubahan seperti…
Berita Global
Walaupun di Amerika Syarikat, Kia Sedona baharu sahaja menerima kemaskini spesifikasi untuk model…