GM sudah tidak yakin dengan LG Chem, henti sementara produksi Bolt EV

oleh Mohamad Hanif|
Insiden yang melibatkan Chevrolet Bolt EV merupakan salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh General Motors sehingga memaksa syarikat itu menghentikan sementara produksi kenderaan elektrik tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana GM sendiri tidak yakin dengan keupayaan LG Chem untuk menghasilkan modul bateri yang bebas masalah untuk digunakan bagi kempen recall yang dilaksanakan pada ketika ini.

Model EV Chevrolet Bolt sebelum ini telah dipanggil semula  pada tahun lalu untuk model tahun 2017-2019 disebabkan risiko kebakaran, sebelum kempen kedua diumumkan pada bulan Julai disebabkan kempen yang pertama tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ketika bercakap kepada Detroit Free Press, wakil GM Dan Flores mendedahkan syarikat itu tidak yakin dengan keupayaan pembekal bateri LG Chem untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
 

LG Chem


"Jika kami mengambil salah satu daripada stok bateri yang ada dari gudang, kami tidak yakin (bateri) itu mempunyai bebas masalah.

"Disebabkan kami tidak yakin dengan keupayaan LG Chem untuk membina bateri yang bebeas masalah, kami membuat keputusan untuk menghentikan sementara proses pembaikan dan produksi bagi model Bolt baharu.

Menurut Dan Flores lagi, pada ketika ini jurutera GM berada di fasiliti penghasilan bateri LG Chem di Holland, Michigan untuk mempelajari proses pembuatan, selain melakukan bedah sisasat terhadap pek bateri yang telah dipasang.
 

bolt


Berdasarkan siasatan, kedua-dua syarikat itu mendapati komponen anod yang terkoyak serta pemisah yang terlipat di antara modul bateri dikatakan mampu meningkatkan risiko kebakaran.

Namun, LG Chem dan GM tidak dapat menentukan apakah yang menyebabkan kecacatan ini ketika proses pembuatan dilaksanakan, dan kemungkinan kecacatan ini berada di dalam setiap Bolt EV yang telah diproduksikan sehingga kini.

Sumber: Detroit Free Press

Berita Berkenaan

Berita Global
BYD melihat peningkatan prestasi sebanyak 300 peratus berbanding dari sela masa yang sama tahun…
Berita Global
Langkah tersebut diambil disebabkan syarikat konglomerat itu mahu mengurangkan kadar kebergantungan…
Berita Global
Ini bukanlah satu petanda yang baik, memandangkan Hyundai sendiri mahu menobatkan diri sebagai…