GM sekadar jual 26 kereta elektrik Q4 2021, termasuk sebuah Hummer EV

oleh Mohamad Hanif|
General Motors sememangnya mempunyai azam yang cukup kuat dalam menguasai segmen kenderaan elektrik, namun malang menimpa apabila angka jualan untuk tempoh sehingga penghujung tahun lalu tidak seperti yang diharapkan.

Ini kerana untuk tempoh suku keempat tahun 2021 (Q4 2021), General Motors sekadar menjual sebanyak 26 unit kenderaan elektrik sahaja, terdiri daripada 25 unit Bolt EV (termasuk Bolt EUV), serta sebuah trak pikap GMC Hummer EV.

Hal ini adalah disebabkan oleh produksi Bolt EV dan Bolt EUV yang dihentikan sementara oleh General Motors disebabkan oleh masalah pek bateri.

Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama tahun lalu, GM berjaya menghantar sebanyak 6,701 unit Bolt EV dan EUV kepada pelanggan.

Sementara produksi untuk GMC Hummer EV baharu sahaja bermula baru-baru ini, dan disebabkan itu ia menyumbang kepada satu unit sahaja yang diedarkan kepada pelanggan trak pikap elektrik tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aset tersebut turut merangkumi tanah, bangunan, jentera dan kelengkapan pengeluaran. Menurut…
Berita Global
EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, model pertama yang akan menggunapakai sistem infohibur serba baharu itu…