Menurut laporan daripada Reuters, GM mendakwa nama BlueCruise itu adalah salah satu bentuk pelanggaran tanda dagangan yang telah dibuat oleh anak syarikat GM, Cruise, serta teknologi pemanduan autonomi Super Cruise yang digunakan oleh GM.
Wakil Ford, Mike Levine mengutarakan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan oleh GM sebagai 'tidak berasas' memandangkan penggunaan kawalan jelajah (cruise control) dan frasa 'cruise' itu sendiri adalah satu kata nama yang umum.
GM's claim is meritless and frivolous. Drivers for decades have understood what cruise control is and “cruise” is common shorthand for the capability. Any number of companies use the word “cruise” to brand driver assist technology. That’s why BlueCruise was chosen. https://t.co/zxhW1EONG4
— Mike Levine (@mrlevine) July 24, 2021
Malah, beliau juga turut memetik beberapa syarikat lain yang menggunakan frasa 'cruise' untuk teknologi bantuan pemandu seperti Smart Cruise Control oleh Hyundai serta Active Cruise Control oleh BMW.
Ford sebelum ini mengumumkan sistem pemanduan autonomi Tahap Kedua (SAE Level 2) BlueCruise yang menggunakan teknologi radar dan kamera termaju pada bulan April yang lalu.
Ciri BlueCruise ini bakal didapati pada model-model seperti Mustang Mach-1 dan F-150 dengan kos $600 (RM2,536) menerusi kemaskini over-the-air, dan merangkumi pakej penyelenggaraan selama tiga tahun.
Sumber: Reuters