GM Korea minta tangguh bayaran hutang dan turunkan faedah

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

General Motors (GM) mungkin ialah sebuah syarikat kenderaan yang besar tetapi tidak bermakna ia dalam keadaan yang sihat.

General Motors Korea Selatan, anak syarikat GM telah meminta bantuan dari segi memanjangkan tempoh pembayaran pinjamannya kepada GM pusat dan menurunkan lagi kadar faedah ke atas pinjaman operasi di Korea Selatan itu.

GM yang berpengkalan di US telah mengumumkan bulan lalu bahawa ia mempunyai perancangan untuk menutup salah satu dari kilangnya di Korea Selatan.

Isnin lalu GM sekali lagi berkata anak syarikatnya di Korea Selatan itu akan muflis sekiranya kesatuan pekerja tidak merendahkan kos buruh sebelum 20 April.

Menurut jurucakap GM Korea, pihak syarikat itu telah mengadakan mesyuarat pengarah Rabu lalu tetapi tidak pasti apa yang telah dipersetujui.

 

 

GM telah memberikan kemudahan pinjaman sebanyak US$2.7 billion kepada GM Korea dengan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun.

Februari lalu juga GM telah bersetuju memberikan tempoh lanjutan pembayaran balik sebanyak 720 billion Won yang sepatutnya dilunaskan bulan itu.

GM Korea ialah syarikat yang diwujudkan selepas GM membeli pegangan saham dalam syarikat kenderaan Korea Daewoo.

GM kemudian menggunakan jenama Chevrolet untuk kenderaan-kenderaan Daewoo yang dieksport ke pasaran serantau. Contoh terbaik ialah Chevrolet Aveo dan Optra yang dijual di sini.

 

 

Kemudiannya, ia menghasilkan model-model dari platform global untuk kenderaan-kenderaan di pasaran luar US. Antara yang popular ialah Chevrolet Sonic, Cruze dan juga sedan mewah Malibu.

Chevy juga pernah menggunakan model-model dari Opel dan Holden untuk pasaran di Malaysia.

Bagi Careta yang telah berpengalaman dengan syarikat Chevrolet sejak ia kembali ke Malaysia di bawah DRB Hicom dan kemudiannya berpindah kepada Kumpulan Naza sehingga sekarang, terus terang dikatakan bahawa GM sebenarnya langsung tidak mahu faham akan industri dan trend semasa automotif di rantau Asia.

Sebelum ini, perbualan kami dengan beberapa pegawai atasan GM yang menjaga wilayah Asean menampakan kesombongan mereka dalam memahami keperluan pasaran.

"We know more about Proton than you," ujar salah seorang dari mereka ketika diwawancara oleh penulis ketika itu. Dalam tahun yang sama, jualan GM di Thailand jatuh merudum jauh lebih rendah dari Proton.

 

 

GM terlalu perlahan dalam penggantian model, tidak ada teknologi terkini yang ditawarkan dan tidak begitu aktif dalam pemasaran produk dan jenamanya sendiri.

Paling menarik ialah persengketan antara GM pusat dan GM Korea yang boleh dihidu oleh media membuktikan mereka tidak mampu menguruskan hal-hal dalam syarikat sendiri.

Sayang sekali kerana jika GM di US lebih merendah diri dan benar-benar serius, mereka sudah mempunyai apa yang diperlukan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih berdaya saing. Yang perlu dibuang ialah sifat sombong mereka.

 

 

Buat masa sekarang, Chevrolet Malaysia hanya mempunyai trak pikap Colorado untuk ditawarkan kepada pasaran.

Ia sebuah trak pikap modern yang lengkap dengan aksesori modern tetapi promosi yang terlalu kurang menjadikan ia sebuah produk yang sepi. 

Berita Berkenaan

Informasi
Tidak menghairankan Amerika Syarikat ialah pelopor trak pikap. Ini ialah kerana Ford Model-T,…
Model Terbaharu
Blazer baharu ini akan dijana oleh enjin petrol 2.5L dengan tenaga 193 hp dan 255 Nm atau enjin 3.…
Berita Global
Trak pikap Silverado dari Chevrolet mungkin tidak se-glamour Ford F-150 tetapi trak pikap Chevy…