Tindakan itu dilakukan untuk memastikan julat keuntungan GM mencapai lingkungan US$2 billion berbanding dengan tahun 2018.
Dengan ini GM secara rasmi akan keluar daro pasaran Asia Tenggara.
Jualan kilang di Thailand itu akan membabitkan nilai sejumlah US$1.1 billion dan 1,500 orang pekerja di Thailand dan 828 orang di Australian dan New Zealand.
Great Wall juga telah bersetuju untuk membeli kilang kenderaan GM di India.
Pembelian kilang di Thailand juga menandakan Great Wall akan menggunakan Thailand sebagai hab penjualan kenderaan mereka di Asean.