GM hasilkan enjin 350 V8 baharu untuk model trak, van lama

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cabaran dalam mengekalkan penggunaan kenderaan lama adalah sumber alat ganti yang semakin sukar untuk didapati, serta ketulenan yang diragui.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk rakyat Amerika Syarikat yang masih lagi kekal dengan trak dan van-van GM yang lama, usah risau kerana GM kini menghasilkan kembali nadi small-block 350 V8 serba baharu dan segar dari kilang, bukannya stok enjin-enjin lama yang diperbaharui (refurbished).

Enjin small-block V8 350 ini dikhususkan untuk model-model berikut:

  • Gen 1 - trak, van, SUV dari tahun 1987-1995
  • Gen 1e LD - trak tugas ringan dari tahun 1996-2002
  • Gen 1e HD - trak tugas berat dari tahun 1996-2002

Seperti yang disebutkan di atas, enjin 350 ini bukanlah enjin lama, sebaliknya GM menggunakan blok tuangan serba baharu yang menampilkan beberapa penambahbaikan seperti:

  • kepala silinder dan blok serba baharu menggunakan teknik CNC-machined
  • blok enjin yang boleh menerima komponen roller camshaft dan pam bahan api mekanikal
  • aci engkol keluli tempaan
  • valve cover, oil pan, timing cover baharu
  • tiub dipstick pada kedua-dua belah

GM turut menawarkan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 batu (yang mana terdahulu).

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Pakej tersebut dinamakan sebagai K20C1 Crate Engine dan Controls Package dan ia merangkumi unit…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Ford di mana menerusi divisyen Ford Performance mereka menawarkan…