GM daftar paten ujian memandu guna teknologi swapandu, tanpa kehadiran cikgu!

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi swapandu yang semakin berkembang pada ketika ini dikatakan mampu untuk menggantikan peranan pemandu sekiranya ia dipastikan cukup selamat untuk digunakan atas jalan raya.

Di GM, mereka melihat perkembangan ini bukanlah sebagai satu peluang untuk terus melupakan generasi pemandu baharu, sebaliknya mereka ingin menggunakan teknologi termaju ini untuk melatih mereka yang masih lagi mahu memegang stereng fizikal.

Selain itu, terdapat juga keperluan dalam sesetengah keadaan di mana manusia perlu mengambil alih kawalan pemanduan, terutama ketika sistem autonomi tidak boleh beroperasi secara baik dalam keadaan tertentu.

Di pejabat United States Patent and Trade Mark Filing, pengeluar tersebut baharu sahaja mendaftarkan paten rekaan untuk sistem swapandu yang direka untuk menilai dan melatih pemandu baharu.


 

GM


Sama seperti kereta swapandu yang sedang diuji secara ekstensif pada ketika ini, sistem bantuan yang didaftarkan ini turut menggunakan teknologi penderia, LIDAR dan GPS bagi memudahkan urusan mengajar pemandu baharu.

Dengan adanya sistem ini, kebanyakan sekolah memandu bakal menikmati manfaat seperti mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar, kos operasi yang jauh lebih rendah, selain ketersediaan jadual pengajar yang lebih baik.

Menerusi sistem ini juga, kemahiran para pelajar akan dinilai dengan lebih jitu dan tepat menggunakan pelbagai jenis penderia yang biasanya digunakan oleh kereta swapandu, dan memberikan maklum balas masa nyata tentang penggunaan pedal brek, stereng, pendikit dan lebih penting lagi isyarat membelok yang kerap kali dilupakan oleh kebanyakan pelajar setelah memperoleh lesen masing-masing.

Paling penting, seni memandu itu sendiri perlu dikekalkan biarpun dunia pada masa akan datang dibanjiri dengan pelbagai teknologi moden yang mampu menggantikan manusia.

Sumber: US Patent & Trade Mark Filing

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda menyifatkan rekaan Prologue sebagai 'neo-rugged', namun berdasarkan imej yang dibekalkan,…
Berita Global
Menurut Michigan State Police, beberapa pasukan polis daripada Lansing Post dan Brighton Post telah…
Berita Global
General Motors dan Honda Motor dalam satu kenyataan pada Selasa lalu mengumumkan kerjasama untuk…