GM berjaya pintas Toyota sebagai pengeluar nombor satu di AS tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2022, CEO Toyota Akio Toyoda mengaku beliau berjoget kegembiraan apabila mengetahui syarikat pimpinannya berjaya mengalahkan angka jualan General Motors di Amerika Syarikat untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun untuk tahun ini, beliau nampaknya terpaksa menahan diri seketika memandangkan GM telah berjaya memintas Toyota untuk muncul sebagai juara di negara Uncle Sam itu sekali lagi.

Sepanjang tahun 2022, GM telah mengedarkan kira-kira 2,274,088 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun 2021 (2,218,228 unit).

Di tempat kedua, Toyota (dan Lexus) telah menghantar 2,108,458 unit kenderaan, di mana angka tersebut menurun 9.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021 (2,332,262 unit).
 

Tundra


Di pihak Toyota, mereka mengalami penurunan angka jualan sebanyak 8.8 peratus kepada 1,849,754 unit, sementara Lexus juga berdepan dengan penurunan sebanyak 15 peratus kepada 258,704 unit.

Berbeza dengan GM, hanya satu jenama sahaja yang mengalami penurunan angka jualan, iaitu Buick dengan jumlah jualan 103,519 unit (turun 42.4 peratus).

Jenama lain GM seperti Chevrolet mencatatkan peningkatan 5.6 peratus kepada 1,518,048 unit, diikuti GMC dengan jumlah jualan 517,649 unit (peningkatan 7.3 peratus).

Yang paling laris terjual di kalangan model GM ialah trak pikap tugas ringan Chevrolet Silverado (324,603 unit), namun ia mencatatkan penurunan angka jualan 14.7 peratus berbanding 380,715 unit yang direkodkan pada tahun 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jabatan Polis Baltimore dalam satu kenyataan "Saya boleh mengesahkan pada 1:35 pagi, polis…
Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…