GM bangunkan pek bateri yang mampu bertahan 1.6 juta kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Tesla mengumumkan bakal memproduksikan pek bateri yang mampu bertahan sehingga 1 juta batu (1.6 juta kilometer), General Motors juga turut menyahut cabaran tersebut bagi memberikan saingan terhadap Tesla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bercakap pada satu sidang pelabur dalam talian, naib presiden eksekutif GM Doug Parks mendedahkan perancangan GM dalam menghasilkan bateri generasi berikutnya yang lebih maju berbanding pek bateri Ultium yang diperkenalkan pada Mac lalu.

Menurut Parks lagi, beberapa pasukan di GM kini bertungkus lumus bekerja di dalam beberapa bidang seperti elektrod sifar kobalt, elektrolit berkeadaan pepejal (solid state electrolyte) dan sistem pengecasan ultra-pantas.

Pek bateri Ultium yang dibangunkan oleh GM sangat unik kerana sel-sel bateri boleh disusun dalam bentuk melintang atau menegak yang membenarkan storan tenaga dioptimasikan, sekaligus tetapan terhadap rekaan kenderaan.

Opsyen tenaga yang ditawarkan oleh Ultium mempunyai julat antara 50 kWh sehingga 200 kWh, dengan jarak operasi sehingga 644 kilometer dan fasa pecutan 0-96 km/j dalam masa kurang 3 saat!

Kebanyakan kenderaan elektrik masa hadapan GM yang dilengkapi dengan pek bateri Ultium bakal mempunyai pek bateri 400 voltan dan keupayaan pengecasan sehingga 200 kW, manakala platform trak pula memiliki pek bateri 800 voltan dengan keupayaan pengecasan pantas 350 kW.

Dalam satu perkembangan yang lain, Tesla pula dilihat bakal mengalahkan GM dengan memperkenalkan pek bateri yang serupa pada model Tesla Model 3 seawal lewat tahun ini atau awal tahun hadapan, terima kasih kepada kerjasama dengan syarikat CATL dari China.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…