GM bakal labur US$6.5b untuk kilang EV di Michigan

oleh HEZERI SAMSURI|
General Motors (GM) bakal melabur sebanyak US$6.5 bilion untuk membina sebuah kilang pembuatan trak elektrik dan bateri di Michigan.

Projek itu ialah usahasama GM dan juga LG Energy Solution dan ia akan mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan untuk kawasan Lansing dan Orion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disember lalu, agensi berita Reuters pernah melaporkan GM dan LG akan membina sebuah kilang bateri EV berhampiran Lansing dengan kos US$2.5 bilion dengan 1,700 peluang pekerjaan. 

Kilang untuk membina trak pikap elektrik Chevrolet Silverado dan GMC Sierra pula akan dibina dengan kos US$4 bilion di Orion dan dijangka beroperasi dalam tahun 2025.

Dalam bulan Januari 2021, GM mengumumkan akan menghentikan penghasilan trak pikap ringan yang menggunakan enjin bahanapi menjelang 2035. Bulan ini, GM turut menambah ia akan menghentikan juga penghasilan kenderaan berat berenjin biasa menjelang 2035.

Jun tahun lalu, GM turut berkongsi perancangan untuk membuat pelaburan berjumlah US$35 bilion sehingga 2025 bagi meningkatkan penghasilan EV dan kenderaan berautonomi.
 

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…