GM akhirnya mengaku - Corvette baharu berenjin tengah 

oleh HEZERI SAMSURI|
General Motors akhirnya mengaku model ikonik Chevrolet Corvette yang bakal dilancarkan 18 Julai ini akan menggunakan konsep enjin tengah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini berlainan dengan Corvette generasi-generasi sebelum yang mempunyai enjin di hadapan. Kali ini, kabin ditolak ke hadapan, dan enjin dipindahkan betul-betul di hadapan gandar belakang. 

Menurut Popular Mechanics, Corvette C8 itu dijangka akan mempunyai beberapa varian dan yang paling asas (Stingray) akan menggunakan enjin pushrod 6.2L V8 yang lama tetapi diperbaharui untuk menghasilkan dalam 500hp.

Transmisi ialah 7-kelajuan automatic dwi-klac dari Tremec - tiada manual diberikan.

 

 

Varian lain ialah Z06 dengan enjin 5.5L V8 DOHC dan ZR1 pula akan menggunakan enjin yang sama, tetapi dengan tambahan turbo.

Varian paling tinggi, Zora akan mempunyai enjin V8 twin-turbo dan sistem hibrid - ramai menjangkakan Zora akan mempunyai 1,000 hp.

Apa yang menariknya tentang Corvette dengan enjin tengah ini?

Ia membuktikan Chevrolet sedar pasaran untuk US sahaja tidak mencukupi, dan untuk menyerang pasaran global. ia memerlukan sebuah Corvette yang benar-benar eksotik dan boleh dipandu seperti kereta-kereta prestasi yang lain.

Bukan hanya gempak di laluan lurus sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…