Glanza - dari model prestasi kepada kereta ekonomi di India

oleh HEZERI SAMSURI|

Untuk kaki modifikasi kenderaan Malaysia, nama Glanza pasti akan membawa kenangan kereta kompak prestasi Jepun.

Toyota Starlet Glanza ialah varian prestasi untuk Starlet siri 90 yang terkenal dalam pertengahan 90-an.
starlet glanza
Starlet Glanza yang pernah popular dahulu sebagai JDM yang kompak tapi berkuasa.

 

Walaupun pada hakikinya enjin 1.3L turbo 4E-FTE dengan 138hp itu jauh lebih banyak masuk ke Malaysia dari Starlet Glanza itu sendiri, namanya memang terukir megah di bibir-bibir kaki kedai potong.

Selepas zaman Starlet tamat, nama Glanza juga turut malap sehingga minggu lepas bila Toyota India melancarkan Glanza baharu.

Glanza, sempena perkataan Jerman, Glanz bermaksud "bersinar" atau "meghelit", kini digunakan untuk produk pertama hasil usahasama antara Toyota dan Suzuki.

Mungkin ia satu kebetulan kerana kaki kereta di Malaysia sudah lama menjalinkan koloborasi itu di awal tahun 2000 dengan memasukan enjin Glanza Turbo ke dalam Suzuki Swift.

 

Apapun, Glanza di India yang baharu dilancarkan itu ialah sebenarnya sebuah Suzuki Baleno yang ditukarkan kepada sebuah hatchback jenama Toyota. 

Varian G datang dengan enjin 1.2L 90 hp K12N milik Suzuki, yang dilengkapi dengan teknologi Smart Hybrid.

Dengan harga bermula dari sekitar RS 7.22 lakh  (RM43,200), ia adalah kereta hibrid paling mampu milik di India sekarang. Ia juga lebih murah dari varian asalnya, iaitu Suzuki Baleno.

Walaupun Smart Hybrid itu sebenarnya hanya separa hibrid dan mempunyai motor penghidup yang juga memberikan sedikit bantuan ketika memecut (seperti Nissan Serena S-Hybrid di sini), ia masih mampu memberikan capaian setinggi 23.87 kilometer untuk setiap liter (manual).

Glanza juga hadir dalam spek yang lebih rendah, iaitu V dengan enjin K12B 1.2L 83 hp yang mempunyai capaian penggunaan bahan api setinggi 21.01 kilometer per liter (manual). 

Rekabentuk Glanza baharu ini juga nampaknya akan lebih membuatkan kaum ibu teruja, berbanding dengan Starlet Glanza dahulu.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Apatah lagi sudah pun terdapat beberapa pihak yang membina jentera lumba masing-masing, dan Toyota…
Berita Global
Sebagai balasan, mereka menerima jumlah saham sebanyak dua peratus untuk setiap seorang. SoftBank…
Berita Global
Toyota Motor Corp merancang untuk melaburkan kira-kira $2 billion untuk membangunkan kereta…