GIVI X.21 Challenger, helmet full-face modular, tiga rekaan, RM735

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada helmet M50.9 Atomic, GIVI Malaysia turut menawarkan produk helmet full-face modular baharu untuk pasaran tempatan, iaitu GIVI X.21 Challenger.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

GIVI X.21 Challenger merupakan satu pilihan yang sangat praktikal yang menggabungkan rekaan full-face dan jet dalam masa yang sama.
 

modular


Direka untuk tunggangan sport-touring, X.21 Challenger turut menampilkan bukaan liang atas yang lebih besar untuk aliran udara maksimum.

Selain daripada visor utama dengan sistem pinlock dan kalis calar, X.21 Challenger turut mempunyai visor suria terbina dalam, dan pelapik dalam helmet yang boleh ditanggalkan.
 

helmet


Terdapat tiga rekaan grafik menarik, iaitu Spirit Blue Yellow, Spirit Grey Black Yellow dan Spirit White Black Red, serta pilihan saiz M hingga XXL.

GIVI X.21 Challenger kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah GIVI dan GIVI Point berdekatan, dengan harga jualan RM735.

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu…
Aksesori Motosikal
Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama…
Pelancaran
Helmet 'full-face' serba baharu itu direka untuk pemilik motosikal sports dan sports touring,…