GIVI Rimba Raid 2022 - pelumba Thailand tunjuk taring!

oleh Mohamad Hanif|
Acara perlumbaan motosikal pengembaraan GIVI Rimba Raid 2022 menyaksikan penguasaan para pelumba Thailand di dalam tiga daripada empat kategori yang dipertandingkan, selain mencatatkan masa keseluruhan terpantas di kalangan 233 peserta yang bertanding.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan slogan #offroadtakbolehpurapura, acara Rimba Raid kali ini menyediakan laluan sepanjang 158 km yang mencabar fizikal dan mental peserta termasuklah laluan berlumpur, anak sungai, laluan yang dihasilkan oleh gajah serta kawasan berpasir dalam sebagai cabaran terakhir.
 

GIVI


Di dalam Kelas C Enduro Rally yang dikhususkan untuk motosikal enduro silinder tunggal bersesaran 250cc-800 cc, pelumba Malaysia Mohd Zulkarnain Tahir muncul sebagai juara dengan catatan masa 3 jam 4 minit 37.312 saat menggunakan jentera KTM 300 EX/C.

Pelumba Thailand Chaipuek Sangaroon (KTM 350 EX/C-F) meraih tempat kedua dengan catatan masa 3 jam 14 minit 39.634 saat, sementara di tempat ketiga disandang oleh Kelvin Chia dari Singapura, dengan catatan masa 3 jam 19 minit 10.801 saat.
 

GIVI


Kelas C - DP Rally yang terdiri daripada motosikal adventure silinder tunggal 250cc-800 cc dikuasai oleh pelumba Thailand Traiphop Boonthang dengan catatan masa 2 jam 55 minit 20.980 saat menggunakan jentera Honda CRF250L Rally.

Rakan senegaranya Manop Abdulkaree muncul di tempat kedua dengan catatan masa 3 jam 11 minit dan 44.030 saat sementara pelumba Kanada Dustin Richardson melengkapkan podium dengan catatan masa 3 jam 20 minit 40.660 saat.

Kelas B (motosikal adventure lebih satu silinder 250cc-999 cc) pula menyaksikan pelumba negara Thailand menyapu bersih lima kedudukan teratas, diketuai oleh Saphon Somroop dengan catatan masa 2 jam 51 minit 28.300 saat.

Tempat kedua pula disandang oleh Suradet Taweelap di belakang juara dengan catatan masa 2 jam 51 minit 58.77 saat, sementara Charod Khumchat mengakhiri perlumbaan dengan catatan 3 jam 9 minit 38.573 saat. Ketiga-tiga mereka menggunakan jentera Yamaha T7 Tenere.
 

GIVI


Disebabkan peraturan yang memerlukan jentera bersesaran kecil memulakan perlumbaan terdahulu, jentera dari kelas A (jentera adventure, dual-purpose lebih 1,000 cc) merupakan kelompok terakhir yang keluar dari laluan mencabar itu.

Di dalam kelas ini, pelumba Thailand Theera Putthai muncul juara dengan catatan masa 3 jam 8 minit 43.710 saat, diikuti rakan senegara Pisanu Chimma dengan catatan masa 3 jam 21 minit 3.815 saat sementara tempat ketiga pula dipegang oleh pelumba Malaysia Alan Ng (3 jam 53 minit 56.100 saat).

Ketiga-tiga pemenang ini menggunakan jentera Honda CRF1100L African Twin.

 


Sebagai makluman, pihak Rimba Raid telah menggunakan catatan masa 3 jam 30 minit sebagai tanda aras untuk perlumbaan kali ini.

Acara Rimba Raid 2022 menyaksikan penyertaan terbesar yang pernah dicatatkan sejak ia diwujudkan pada tahun 2015, dengan 241 orang pelumba dari 15 buah negara termasuklah Kanada, Amerika Syarikat, UK, The Netherlands, Itali, Poland, Australia, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.

Kontinjen Thailand yang terdiri daripada 35 orang pelumba itu dipilih khas menerusi program kelayakan yang dinamakan sebagai Road to Rimba Rally.
 

GIVI


Daripada 241 yang mendaftar, hanya 223 orang peserta sahaja yang memulakan perlumbaan pada awal pagi 24 September 2022.

GIVI Rimba Raid 2022 juga turut menyaksikan penyertaan beberapa buah motosikal model baharu termasuklah Aprilia Tuareg 660, Harley-Davidson Pan America 1250, KTM 390 Adventure, Husqvarna 901 Norden, Fantic Caballero 500, Moto Morini X-Cape 650X dan WMoto SX300.

Kelas B didominasi oleh jentera Yamaha T7 Tenere, sementara Kelas A pula dikuasai oleh Honda CRF1100L African Twin.

Berikut merupakan penyertaan setiap jenama motosikal di dalam GIVI Rimba Raid 2022
• Aprilia – 1
• Beta – 4
• BMW – 54
• Fantic – 1
• GASGAS – 1
• Harley-Davidson – 2
• Honda – 43
• Husqvarna – 17
• Kawasaki – 12
• KTM – 66
• Moto Morini – 1
• Sherco – 1
• Suzuki – 2
• Tekken – 1
• Triumph – 3
• Wmoto – 1
• Yamaha – 30

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perlumbaan kelayakan tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 25 Jun bertempat di Seri Alam, Pasir…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal…
Sukan Bermotor
  Perlumbaan yang berlangsung di Janda Baik dan meliputi 60 km diakui sebagai antara perlumbaan…