Namun, seperti perniagaan yang lain, GIVI POINT juga turut tertakluk kepada garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengelakkan penyebaran gejala COVID-19.
Disebabkan itu, beberapa peraturan perlu dipatuhi seperti:
1. Pelanggan perlu membuat temujanji menerusi Whatsapp atau Messenger FB sebelum berkunjung, dan hanya tiga orang dibenarkan pada satu-satu masa di dalam premis.
2. Para pelanggan akan diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis. Jika suhu dicatatkan melebihi 37.5 darjah Celcius, pelanggan tidak dibenarkan masuk, dan temujanji akan dibatalkan.
3. Topeng muka perluy sentiasa dipakai sepanjang berada di dalam premis, serta dinasihatkan supaya menggunakan cecair pembasmi kuman yang diletakkan di pintu masuk.
4. Pelanggan yang pernah melakukan perjalanan ke luar negara sebelum atau semasa PKP tidak dibenarkan masuk.
5. Butiran data peribadi perlu diisi sebelum memasuki premis.
6. Para pelanggan tidak dibenarkan mencuba barangan seperti topi keledar dan baju hujan, barangan yang sudah dibeli tidak boleh ditukar ganti.
Pihak GIVI ASIA juga akan sentiasa melakukan kerja pembersihan dan pembasmian kuman setiap hari di premis perniagaan serta produk yang dipamerkan.