Givi Monolock B32 Bold dilancar - harga dari RM210

oleh HEZERI SAMSURI|

Pakar aksesori motosikal dunia, Givi hari ini melancarkan model terbaru untuk produk kotak simpanan mereka.

Jika dahulu kotak Givi lebih cenderung kepada bentuk bulat dan organik, model B32 Bold ini mengambil ciri-ciri modern dari kotak E43 yang mempunyai bentuk berpetak tetapi pada saiz yang lebih kecil.

Menurut On Hai Swee, Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd, kotak model E43 popular di kalangan pemilik motosikal Malaysia.

 

Givi team

 

"Model E43 mampu memuatkan dua helmet, dan bentuk kontemporarinya menarik perhatian pemilik motosikal berkuasa tinggi yang semakin popular sekarang," terang On.

Model B32 Bold direka untuk lebih cenderung kepada pemilik motosikal dengan enjin 400 cc ke bawah.

"Gaya petak yang sama dengan kemasan perak memberikan imej adventure yang menjadi trend sekarang," sambungnya.

Sistem kunci pada model B32 Bold ialah dari jenis Monolock yang terbaharu. Ia boleh ditutup tanpa memerlukan kunci dan ia menghasilkan bunyik "klik" bila ia sudah ditutup rapi.

 

Monokey

 

"Bunyi itu memberikan isyarat bahawa ia sudah dikunci," ujar Joseph Perucca, Pengarah Luarnegara untuk Givi International.

Model ini berharga RM210 (tanpa GST) dan didatangkan sekali dengan kunci pendua dan tapak. Harga rangka MonoRack pula bergantung kepada jenis motosikal dan ada motosikal yang tidak memerlukan rangka itu, seperti Kawasaki Versys X 250.

Dengan saiz 32 liter, ia kedap air dan mampu memuatkan sebuah helmet.

Careta berpeluang untuk menyertai konvoi Givi Media Appreciation Ride dari kedai Givi Point di Jalan Ipoh ke Port Dickson dan motosikal kami dipasang lengkap dengan satu unit kotak model B32 Bold.

Hujan lebat yang turun selama sejam membuktikan kotak Givi itu kalis air. Tidak ada setitik air pun yang memasuki ruang penyimpanan E32 itu.

 

Givi interior

 

On turut berkata produk E32 Bold ini datang dengan waranti selama dua tahun (tetapi ia perlu dipasang dengan MonoRack asli).

"Givi juga mempunyai alatganti untuk semua kotak-kotak kami. Kerana itu, kotak Givi yang lama masih boleh digunakan dan komponennya boleh diganti," terang On.

Kotak E32 Bold ini akan mula dijual dalam bulan Ogos dan ia juga akan dieksport ke negara-negara Asean yang lain.

Givi Bold

 

Careta merasakan bentuk E32 Bold ini sesuai dengan skuter, motosikal Dual-Purpose, kapchai dan pelbagai genre lain kecuali cruiser.

Kepada yang tidak sukakan kotak barang motosikal, mungkin mereka tidak faham betapa praktikalnya jika ada tempat simpanan yang selamat ataupun mungkin mereka tidak pernah membayar RM800 untuk membaiki henfon yang terkena air hujan walaupun sudah dibalut dengan plastik dan disimpan di dalam beg sisi kalis air.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
Seramai 22 orang peserta wanita #GiviBella menyertai acara tersebut dan dihadiri juga oleh Duta…
Sukan Bermotor
  Perlumbaan yang berlangsung di Janda Baik dan meliputi 60 km diakui sebagai antara perlumbaan…
Gaya Hidup
Yang ramai tidak tahu ialah motosikal-motosikal itu bukannya dibalut dengan pelekat atau…